Sunday, November 2, 2008

KEM INJEKSI AL-QURAN - KIARA 2008 (Untuk Pelajar Lepasan UPSR)

Perincian :

1.0 MUKADIMAH

Dalam meneruskan agenda melahirkan jil Al-Quran, pihak Maahad Tahfiz sekali lagi membawa agenda injeksi yang menjuruskan ke arah pemerkasaan Al-Quran dikalangan golongan kanak-kanak. Proses membina generasi muda ini sangat penting kerana mereka adalah bakal penyambung generasi di masa hadapan. Malah pendedahan yang diwaktu kecil dianggap satu usaha yang sangat efektif, seperti pepatah menyebut ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’.

2.0 OBJEKTIF

Memberikan pendedahan terhadap dunia penghafaz Al-Quran
Mendedahkan peserta terhadap cabaran kehidupan di asrama.
Membetulkan bacaan tajwid al-Quran.
Memberi kesedaran agama khususnya terhadap kepentingan Al-Quran.

3.0 LOKASI

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN

4.0 TARIKH

14hb Disember sehingga 19 Disember 2008 (Hari Ahad sehingga Jumaat)

5.0 HAD PESERTA

60 orang pelajar lepasan UPSR (berumur 12 tahun)

6.0 YURAN

RM 180.00

7.0 TEMA

Al-Quran Bistari Intelektual Berkualiti

8.0 SYARAT PENYERTAAN PESERTA

Rujuk Lampiran I

9.0 SENARAI BARANG KEPERLUAN

Rujuk Lampiran II

10.0 BORANG KEMASUKAN

Rujuk Lampiran III

11.0 TENTATIF

Rujuk Lampiran IV

12.0 RUJUKAN

Jika pihak ibubapa berminat, sila hubungi :

1) Pejabat MTS Tumpat : 09-7258979
2) PK 1(Ustaz Aubaidillah Yusoff) : 019-9304100
3) PK HEM (Ustaz Silmi bin Omar) : 0179154868
4) Penyelaras (Ust Ubaidillah Alias) : 019-9884869

Sekian, terima kasih.


Lampiran I : SYARAT PENYERTAAN PESERTA

Setiap peserta yang ingin menyertai program ini haruslah mencukupi syarat-syarat di bawah ini. Ini bertujuan untuk mempastikan perjalan program tidak terganggu dan ia dapat berjalan dengan lancar.

· Lelaki sahaja.

· Berumur 12 tahun sahaja. (Tamat darjah enam)

· Dapat membaca Al-Quran dengan baik.

· Telah mengkhatamkan Al-Quran.

· Dapat membaca jawi dengan baik.

· Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius seperti lemah jantung, kencing manis, lelah yang kuat serta penyakit yang dikategorikan serius.

Lampiran II : SENARAI BARANG KEPERLUAN

Pakaian

· Kopiah putih - 3 helai

· Serban putih - 2 helai

· Jubah putih - 2 helai.

· Seluar panjang putih - 2 helai

· Baju Melayu putih / cerah - 2 helai.

· Kain pelikat - 3 helai.

· Seluar panjang biasa - 2 helai.

· Baju T-Shirt - 2 helai.

· Trek suit - sepasang.

· Selipar jepun - sepasang.

· Kasut hitam - sepasang.

· Kasut sukan - sepasang.

· Stoking - 2 pasang.

· Kain tuala - sehelai.

· Kain basahan - sehelai.

Keperluan

· Alatulis (pen/pensil/pemadam).

· Ubat gigi.

· Berus gigi.

· Kain cadar.

· Sarung bantal.

· Selimut.

· Sabun mandi.

· Sabun membasuh pakaian.

· Ubat-ubatan (spt minyak angin dan panadol)


TENTATIF PROGRAM - Sila klik imej untuk melihat visual yang lebih jelas

BORANG PERMOHONAN - Sila klik Imej dan besarkan. Kemudian klik kanan imej tersebut dan save as.


Sebaiknya, terus berhubung dengan pihak sekolah jika berminat.

Terima kasih.

LAWATAN KE LANGKAWI 2008 (Tingkatan 1)

Pada tarikh 22 sehingga 24 oktober 2008 satu lawatan telah diadakan oleh Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Lawatan tersebut melibatkan seramai 38 orang pelajar tingkatan satu dan empat orang guru pengiring. Tempat yang dituju ialah Langkawi. Pada hari rabu, jam 8.30 malam rombongan bertolak bersama empat orang guru pengiring. Ustaz Nazru Zahari selaku pengarah program turut menjaga ahli rombongan.


Rombongan tiba di Kedah ketika hari hampir subuh. Pada jam 8.30pagi, rombongan bersarapan di Sekolah Rendah Umi yang mana sarapan tersebut telah ditaja oleh Encik Abu Kasim iaitu bapa kepada salah seorang pelajar MTS.


(Tempat penginapan - 'D' Teratak Motel)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

(Di hadapan patung helang)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

Pada jam 9.30 pagi, mereka sampai ke Muzium Padi bagi melihat sejarah negeri Kedah yang digelar Negeri Jelapang Padi. Seterusnya, rombongan bertolak ke jeti Kuala Perlis pada jam 12.30 tengahari untuk bertolak ke Pulau Langkawi. Jam 1.30 tengahari mereka tiba di Langkawi dan terus singgah di kedai memproses gamat. Setelah selesai membeli ubat gamat, mereka beralih ke tempat kereta kabel untuk melihat panorama sekeliling Langkawi. Selepas itu mereka ke pantai Pasir Hitam untuk menikmati pemandangan pantai dan membeli beberapa barangan yang dijual di sekitarnya. Malam itu, mereka ke D Teratak Motel untuk beristirehat dan selepas isyak mereka keluar bersiar-siar di pecan Kuah sambil membeli coklat.


Keesokan harinya, mereka ke KILIM GEOPARK menaiki bot laju. Sepanjang berada di situ, mereka ke Gua Kelawar. Melawat tempat ikan yang dipelihara dalam sangkar. Menyaksikan burung helang. Dan akhirnya melihat panorama KILIM GEOPARK dari arah laut.


(Di Muzium Padi, Alor Setar)

(Di Wild Animal Forest, Langkawi)

(Perkarangan Masjid Yayasan Al-Bukhary, Alor Setar)

Selesai berada di situ, mereka ke pasar beras terbakar dan ke taman burung iaitu Wild Animal Forest. Setelah tamat penjelajahan, mereka ke jeti semula untuk bertolak pulang ke Kuala Perlis. Tepat jam 6.30 petang mereka tiba di Kuala Perlis. Kemudian rombongan bertolak ke Kelantan dan tiba pada jam 6.00 pagi 24hb Oktober 2008. Kebanyakan peserta rombongan berpuas hati kerana dapat mengikuti ekspedisi seperti itu.


Tahniah kepada yang telah tamat sukatan. Bagi yang masih belum, cepat usahakan. Belum terlambat lagi. Anda juga akan dapat melancong dalam siri ke-2 jika berjaya khatam sukatan akhir tahun ini.

Monday, September 22, 2008

LAMBAIAN KAABAH 2009

Assalamualaikum,

Sebagai rujukan ibubapa mengenai program lambaian kaabah, pihak MTST telah menyediakan pamplet kecil untuk rujukan ibubapa. Sila klik gambar tersebut untuk imej yang lebih jelas. Terima kasih.

(Page 1)

(Page 2)

BORANG KEMASUKAN KE MTS SESI 2009

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada ibubapa dan kaum muslimin di seluruh Malaysia. Sekarang telah dibuka untuk pengambilan borang permohonan bagi kemasukan ke sekolah agama dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Borang ini boleh didapati di pejabat YIK di Nilam Puri atau di kesemua Maahad Tahfiz di Kelantan dan juga di beberapa maahad bistari.

Harga borang ialah RM 5.00 satu. Borang ini boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke 4 buah sekolah agama bistari Kerajaan Negeri Kelantan iaitu ke :

1) Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Pulai Chondong)
2) Maahad Tahfiz Sains MTS (Tumpat, Tanah Merah, Kok Lanas dan Bachok)
3) Maahad Muhammadi Lelaki (di Jalan Pengkalan Chepa)
4) Maahad Muhammadi Perempuan (Di Kota Bharu)

Borang ini perlu diserahkan dalam masa 14 hari selepas keputusan UPSR diumumkan. Jika terlambat dari tarikh tersebut, permohonan anda akan ditolak.

Belilah borang sekarang sebelum kehabisan.

Terima kasih.

Wednesday, September 3, 2008

AHLAN YA RAMADHAN ...


Assalamualaikum wrt wbt

Kepada semua ibubapa dan pengunjung blog Maahad Tahfiz Sains Tumpat ingin diucapkan selamat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Semoga ibadat puasa dan terawih serta ibadat-ibadat sunat lain akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Doa kami untuk semua, semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

كل عـام وأنتم بخير
Kullu Am Wa Antum Bikhair

Bagi anda yang ingin ke laman tazkirah Ramadhan, sila ke LAMAN INI

Tuesday, August 26, 2008

Ijtimak Tahfiz Perdana (IPT)

Pada 25hb Ogos 2008, Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah mengadakan satu perhimpunan perdana bagi sekolah tahfiz seluruh Kelantan. Ini adalah satu perhimpunan sulong bagi pelajar dan warga kerja tahfiz di Kelantan.

Majlis tersebut bermula pada jam 9 pagi dengan pengisian berbentuk ceramah, ujian hafazan, persembahan bacaan Al-Quran, nasyid dan penyampaian anugerah bagi pelajar-pelajar cemerlang.

Pengarah YIK sedang bergambar dengan sebahagian penerima anugerah
(Kategori pelajar kembar di Maahad Tahfiz)

Suasana dewan yang dipenuhi pelajar dan guru sekitar 1200 orang

Suasana dalam dewan Putik semasa berlangsungnya Ijtimak Tahfiz Perdana (IPT) 2008.
Sekian.

Tuesday, August 12, 2008

PEMBELIAN TANAH LOT 1239





Assalamualaikum,

DERMA DIPERLUKAN untuk membeli tanah di hadapan pintu masuk ke sekolah. Ini adalah untuk pembinaan bangunan baru dan juga sebuah masjid bagi warga MTS. Walaubagaimanapun, perancangan pembinaan akan dibincang semula sebaik sahaja tanah yang diperlukan itu mampu dibeli.

Kos pembelian tanah adalah RM 60 ribu. Wang yang terkumpul akan dimaklumkan selepas mesyuarat PIBG pada 14hb Ogos nanti. Mohon jasa baik ibubapa menguar-uarkan perkara tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-7258979. Fax : 09-7255979.Untuk menyalurkan sumbangan sila gunakan akaun ini :
1) No Akaun Bank Islam :Asrama Maahad Tahfiz Sains : 03-018-01011384-5
2) No Akaun Maybank :PIBG MTS : 553038016782
Sebaiknya, sila berhubung dengan pihak pengurusan MTS untuk sebarang sumbangan. Terima kasih.

Monday, August 11, 2008

MAKLUMAT GURU MTS 2008

(Sila klik gambar untuk melihat imej yang lebih jelas)

(Sila klik gambar untuk melihat imej yang lebih jelas)

(Sila klik gambar untuk melihat imej yang lebih jelas)


PEMBINAAN KOLAH & RENOVASI MASJID

Untuk melihat gambar dengan lebih jelas, klik di atas imej tersebut.
(Pembinaan Kolah di Asrama Pelajar Lelaki)
(Gambaran suasana surau MTS awal tahun 2007)




(Ruangan tepi surau telahpun diluaskan untuk menampung jumlah pelajar. Kawasan di hadapan surau juga telah dihias dengan bata berwarna merah)

LUKISAN DI DINDING SEKOLAH

( Untuk melihat lukisan dinding di MTS, sila klik gambar di atas. Untuk makluman pengunjung, pihak)
Maahad Tahfiz Sains sedang menceriakan suasana di sekitar MTS. Satu lukisan Mural yang berlatarkan pemandangan tasik dan air terjun telah dilukis di hadapan pintu masuk ke MTS. Kemudian lukisan Tokoh Ilmuan Islam turut dilukis di bangunan sekolah.










Senarai penerima anugerah PIBG 2008

Untuk melihat nama penerima anugerah, sila klik gambar di atas. Terima kasih.

Usul & Cadangan 2007

CADANGAN DAN USUL PIBG 2007
MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, BERANGAN, TUMPAT



1) Zaira Azlan bin Zainudin
(019-9591554)
1) Panjangkan waktu hafalan selepas solat asar, pendekkan waktu bermain. 30 minit sudah mencukupi untuk riadah iaitu antara jam 6.00 hingga 6.30 petang.
2) Laporan prestasi Al-Quran hendaklah disampaikan kepada ibubapa setiap bulan.
3) Wujudkan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam hafalan mahupun akademik.

2) Wan Yahya bWan Hamat
(012-9564007)
1) Dicadangkan supaya kawasan permainan ditar supaya tidak berdebu. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan pelajar.
3) Pn Hjh Siti Nor bt Ismail
(013-9004367)
1) Perbanyakkan bilik asrama supaya penghuni di dalam sebuah bilik tidak terlalu ramai.
2) Diharapkan pihak sekolah memperbanyakkan lagi perkakas atau kemudahan untuk riadah.
4) Aminuddin bin Mamat
(019-9041023)
1) Wujudkan aktiviti ko-kurikulum seperti kelab pertahanan diri
5) Hjh Che Ruhana bt Che Mohd Amin
(019-9390173)
1) Memasang satu sistem perawat air yang berkualiti di kantin/ dewan makan untuk menjaga kebersihan air. Jenama yang dicadangkan ‘Beyond Water Reforming System’.
2) Mengawal selia penjaja yang menjual di tepi pagar sekolah dari sudut kebersihan.
6) Abdul Hafiz bin Ab Rahman
(09-7976936 ® 012-9560678)
1) Dicadangkan agar pihak sekolah menyediakan tatacara pemakanan pelajar tahfiz kepada ibubapa/penjaga. Khususnya untuk mengelakkan makanan yang pantang kepada penghafal Al-Quran. Ini penting untuk mempastikan makanan yang dimakan tidak menjejaskan prestasi pengajian dan hafalan.
2) Menitik beratkan penjagaan kebersihan di dalam dorm, bilik air dan sekitar kawasan sekolah. Bilik air terutamanya perlu diselenggara sekiranya mengalami masalah seperti tiada penyelak pintu dan sebagainya.
7) Mustafa Yusof
(019-9157178)
1) Wujudkan sistem mentor-mentee, memandangkan semua pelajar adalah tingkatan satu.
2) Menyediakan laporan prestasi pelajar setiap kali ujian diadakan disamping mewujudkan sistem perfailan yang lengkap untuk menyimpan kertas ujian dan markah pelajar secara individu.
3) Mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya sekali setahun antara guru kelas dan ibubapa untuk berbincang mengenai prestasi hafazan, pelajaran dan sahsiah anak-anak.
8) Suhimi bin Long
(09-7913851)
1) Mencadangkan agar pihak sekolah menitik beratkan kebersihan terutamanya di dorm asrama. Begitu juga di dalam bilik darjah.
9) Mohd Asri bin Ab Rahman
(012-9215351)
1) Mencadangkan agar pihak sekolah mengawal program akademik @ non akademik pada hari cuti. Ini untuk mengelakkan pelajar berasa bosan atau membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
2) Mencadangkan agar jualan makanan ringan dikawal sama ada di kantin mahupun di koperasi sekolah.
10) Rosini bin Mahmood
(017-9505150)
1) Demi meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris saya mencadangkan agar diadakan Program bahasa Inggeris dan Kelas Tambahan dengan mendapatkan bimbingan guru yang pajar dalam mata pelajara ini. Kos pelaksanaan dan kelas tersebut dicadangkan supaya ibubapa pelajar yang membiayainya.
2) Saya mencadangkan agar kegiatan kokurikulum diberi perhatian. Contohnya penubuhan persatuan-persatuan, kelab-kelab dan pasukan beruniform. Kokurikulum juga menyumbang 10% daripada syarat-syarat kemasukan ke IPTA.
3) Penguasaan ilmu IT sangat perlu. Saya mencadangkan agar pihak sekolah merancang agar program ICT dapat dimanfaatkan dan digunakan teruatma dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik.
11) Abu Bakar bin Kassim
(013-9710433)
1) Dicadangkan kepada pihak sekolah agar merancang sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan.
2) Penekanan perlu diberikan kepada subjek sains dan guru yang mengajar ialah mereka yang berkelayakan dan bermotivasi.

Minit Mesyuarat Agung PIBG 2007 (Kali Pertama)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA
MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN

Tarikh : 28 April 2007
Hari : Sabtu
Jam : 2 Petang

AGENDA
1.1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (UST MAT DAUD BIN AWANG)
- Membuka majlis dengan bacaan Al-Fatihah
- Mengalu-alukan kedatang semua ibubapa

1.2. UCAPAN PENGERUSI PENAJA (SAHIFUL BAHARI)
- Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi mesyuarat PIBG.
- Mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir.
- Memaklumkan bahawa ahli penaja PIBG sudah ditubuhkan selama 1 bulan 10 hari.
- Pihak pengurusan sekolah memerlukan dana untuk memajukan sekolah.
- Mengharapkan 1/6 daripada kalangan ibubapa meberi sumbangan kepada PIBG.
- Akan melantik AJK baru dan berharap AJK baru akan memainkan lebih peranan dalam memajukan sekolah.

2.1. LAPORAN AKTIVITI PIBG

- Laporan aktiviti PIBG dibentangkan oleh ustaz Aubaidillah bin Yusoff.
- En. Hj Hassan mencadangkan agar laporan aktiviti PIBG diperincikan khususnya aktiviti yang mempunyai kaitan dengan kewangan.
- Cadangan En Hj Hassan disokong oleh Puan Ramlah bt Zakaria.

LAPORAN KEWANGAN

3.1. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN
- Ustaz Silmi Omar membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 22 April 2007.
- Mencadangkan laporan kewangan disahkan :
Cadangan : Mansor bin Abd Rahman
Sokongan : Abd Hamid bin Muhamad
- Pihak mesyuarat meminta agar laporan kewangan ditulis lebih terperinci.

3.2. LAPORAN TAMBAHAN DARIPADA MUDIR
- Sumbangan RM 20,000 oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar untuk bilik APD.
- Peralatan yang lain juga telah dibeli iaitu dua buah laptop.
- Ruang untuk dijadikan bilik APD dalam proses baik pulih.

3.3. MAKLUMAN DARIPADA EN. MUSTAFA YUSOF
- Sehingga 20 April mampu mendapatkan sumbangan kewangan.
- Sumbangan berbentuk wang untuk perpustakaan dan selain itu sumbangan barangan seperti 1 buah komputer baru, 2 buah komputer terpakai, perlatan pejabat dan almari turut diperolehi.



PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN

Mudir memberikan respon secara langsung bagi setiap usul yang dicadangkan tanpa dibuka sebarang perbahasan memandangkan masa mesyuarat telah lewat.

4.1. Usul yang pertama oleh Zaira Azlan Zainuddin
(Sila baca lampiran untuk mengetahui matan usul)

4.1.1. Kurangkan waktu bermain
- Pengajian anak-anak selama 9 jam sehari iaitu 7.30 pagi hingga 2.30ptg dan 3.30ptg – 4.30ptg. Waktu tadarus 30 minit sahaja.
- Mewajibkan riadah untuk mengurangkan tekanan bagi para pelajar agar kesihatan pelajar tidak terganggu.
- Mencadangkan supaya pelajar dibenarkan beriadah pada hari ahad/ selasa/ khamis.

4.1.2. Laporan prestasi
- Dibawa balik oleh pelajar setiap kali cuti sekolah.
- Disediakan oleh ustaz Silmi Omar dan diberikan kepada pelajar agar dapat dibawa pulang.
- Cuti sakit bagi pelajar adalah antara 4 hingga 9hari.

4.1.3. Laporan Akademik
- Ujian penggal akan diadakan 2 kali setahun.

4.2. Usul yang ke 2 oleh Wan Yahya Wan Hamat
- Satu cadangan yang baik.
- Bergantung kepada dana sekolah.
- Kawasan permainan untuk para pelajar belum dicadangkan lagi.

4.3. Usul yang ke-3 oleh Aminuddin bin Mamat
- Kegiatan Ko-kurikulum seperti seni pertahanan diri akan diwujudkan.
- Namun sekarang bukan masa yang sesuai untuk kegiatan tersebut kerana pelajar-pelajar masih belum matang.
- Berkemungkinan diwujudkan pada tahun kedua atau ketiga pengajian.

4.4. Usul yang ke-4 oleh Hjh Che Ruhana bt Che Mohd Amin
- Sistem perawat air yang berkualiti akan dipasang.
- Bergantung kepada kewangan.
- Penjaja di luar pagar tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menjaja barangan.

4.5. Usul yang ke-5 oleh Abdul Hafiz bin Ab Rahman
- Makanan seperti Maggi tidak digalakkan.
- Cari produk makanan yang dihasilkan oleh orang muslim dan elakkan membeli produk yang dihasilkan oleh orang bukan Islam.
- Melarang pihak kantin menjual makanan segera seperti burger dan fish ball.
- Mengambil pekerja baru bagi menyelenggara asrama.

4.6. Usul yang ke-6 oleh Mustafa bin Yusof
- Usrah setiap 2 minggu sekali dan diselang dengan kelas pidato yang dibuat 2 minggu sekali iaitu pada setiap hari selasa. Guru sebagai mentor.
- Akan diadakan perjumpaan ibubapa dengan guru.

4.7. Usul yang ke-7 oleh Pn Hjh Siti Nor bt Ismail
- Perbanyakkan bilik dorm asrama kerana jumlah pelajar dalam setiap dorm agak padat disebabkan kemasukan pelajar diluar jangkaan.
- Dorm akan ditambah tetapi perlu melihat kepada kekosongan kawasan.
- Kebersihan dorm akan dipertingkatkan lagi.

4.8. Usul yang ke-8 oleh Mohd Asri bin Ab Rahman
- Dilakukan pemantauan ke atas guru kelas.

4.9. Usul yang ke-9 oleh Abu Bakar bin Kassim
- Pada hari jumaat, kelas akan berkahir pada pukul 11.30 pagi.
- Pada hari sabtu, kelas akan berakhir pada pukul 11.30pagi dan pelajar dibenarkan untuk membasuh baju.
- Sebarang program hari minggu untuk peningkatan prestasi pelajar akan dibincangkan nanti dalam mesyuarat guru.

4.10. Usul yang ke-10 oleh Suhimi bin Long
- Sekiranya ibubapa sanggup menyumbang atau menampung kos kewangan, pihak sekolah bersedia mengambil seorang guru pakar.
- Bilik IT tidak ada lagi. Sekolah terpaksa belanja sekitar RM 50 ribu kepada pengusaha IT sekiranya mahu mewujudkan bilik IT secara sempurna. Kalau ibubapa boleh bekerjasama amat dialu-alukan.

4.11. Usul yang ke-11 oleh Rosini bin Mahmood
- Berharap agar dapat berbincang dengan saudara pencadang bagi mendapatkan idea.
- Guru sains dan matematik di sekolah ini telah dipilih dikalangan guru pakar. Masalah memahami bahasa Inggeris wujud kerana pelajar semenjak sekolah rendah lagi dari aliran sekolah Melayu dan jarang menggunakan Bahasa Inggeris.


PEMILIHAN AJK PIBG

Pembubaran AJK Penaja PIBG

- Abu Bakar B. Kassim mencadangkan agar dikekalkan AJK PIBG yang sama atau dipilih secara sukarela.

Perlantikan

AJK Baru
Ø Puan Samsiah bt Wan Mohd Noor
Ø Puan Ramlah bt Zakaria
- Disokong sebulat suara.

AJK yang menarik diri.
Ø En Mohd Nasir bin Ahmad
Ø En Azhar bin Yusuf

AJK yang dikekalkan
- Kesemua bekas AJK Penaja PIBG termasuklah :
Ø Encik Hashim bin Abdullah
Ø Ustaz Mat Nawi bin Yussof
HAL-HAL LAIN

6.1.Ahli mesyuarat dimaklumkan tentang pengambilan tanah di hadapan sekolah sebagai padang permainan. Tuan tanah telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tetapi harga belum dirundingkan lagi.

6.2.Mesyuarat mencadangkan agar setiap ibubapa menyumbangkan sebanyak RM 1000.00.

6.3.Komisyen zakat dari MAIK 25% dengan syarat bayaran melebihi RM 1000.00.

UCAPAN PENANGGUHAN

- Mengucapkan terima kasih kepada semua.
- Pohon kemaafan di atas kelewatan masa.
- Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.
Disediakan oleh
Aubaidillah bin Yusoff
Setiausaha Agung PIBG 2007

PEMBANGUNAN (Mac 2008)


Dalam beberapa siri mesyuarat MTS yang lalu telah mengenal pasti masalah-masalah yang perlu ditangani dan diambil perhatian wajar demi kebaikan bersama. Iaitu masalah berkaitan :

1) KAPASITI

Sekolah ini masih baru dan proses pertambahan pelajar berlaku dari tahun ke tahun. Tahun 2007 pengambilan seramai 185 orang dan tahun 2008 seramai 120 orang. Apabila dinisbahkan jumlah kemasukan pelajar setiap tahun dengan jumlah bangunan serta kelengkapan, terbukti ia tidak akan mampu untuk menampung kapasiti bagi sesi seterusnya.

2) KEBERSIHAN

Kesan daripada peningkatan bilangan penghuni asrama dan ruang dorm yang terhad, ditambah pula dengan persekitaran berpasir menyebabkan perkarangan sekolah sering berdebu dan berhabuk. Hal ini menimbulkan masalah kesihatan terhadap pelajar terutamanya masalah kesihatan kulit. Diwaktu petang, pelajar menjadikan kawasan berpasir sebagai padang permainan, hal ini menyebabkan kaki dan kulit mereka terdedah kepada bakteria.

3) INFRASTRUKTUR

Jika isu kapasiti dapat diselesaikan dengan menghadkan kemasukan pelajar dari tahun ke tahun, masalah paling utama masih belum selesai. Punca wujudnya isu kapasiti dan kebersihan adalah berpunca dari isu infrastuktur. Ia merangkumi keluasan tanah, bilangan bangunan dan kemudahan asas seperti padang permainan dan seumpamanya. Masih ada sebahagian komponen asas dan pembinaan yang belum dibangunkan.

Justeru, pembangunan ini adalah untuk berganding bahu memberi sumbangan kemudahan dan menyediakan institusi pengajian tahfiz yang terbaik untuk pelajar dalam aliran Tahfiz Al-Quran dan Sains.

Ia juga bertujuan melengkapkan keperluan asas disamping mempertingkatkan taraf institusi dari sudut prasarana dan infrastruktur bagi menyokong kelestarian kurikulum dan ko-kurikulum pelajar.

Menambahkan had kapasiti kependudukan pelajar yang perlu ditampung oleh Maahad ini bagi kemasukan pelajar-pelajar baru di sesi mendatang.

Mencukupkan kemudahan yang sedia ada disamping mempertingkatkan tahap kebersihan demi keselesaan pembelajaran pelajar.

CADANGAN RENOVASI :

1) Membuat renovasi dan perluasan kawasan dalaman surau.

2) Membuat pelantaian halaman depan sekolah.

3) Menyiapkan sebuah kolah di asrama.

Perancangan dan tindakan perlu berjalan secara sejajar demi menyegerakan hasilnya. Pihak pembangunan sekolah berusaha sedaya upaya untuk merancang dan menguruskan kewangan yang sedia ada demi membina sebuah institusi tahfiz yang mapan. Kami juga mengharapkan kerjasama dan sumbangan tulus dari orang ramai. Semoga usaha dan ikhtiar akan diberkati dan mendapat balasan dari tuhan. Diharapkan semua pihak mengambil peluang untuk menyumbang demi saham akhirat.

Sekian.

MUKHAYYAM QURANIE (Membina Generasi Al-Quran)

Tahun 2008 adalah tahun ke- 2 penubuhan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan Tumpat. Pada tahun ini, program dijalankan seperti tahun lalu dengan mengadakan Mukhayyam Quranie. Jumlah peserta tahun ini lebih ramai berbanding dengan tahun lepas kerana pada tahun ini MTSBA mempunyai 2 generasi pelajar iaitu tingkatan 1 seramai 120 orang dan 146 lagi pelajar tingkatan 2. Program berlansung selama 3 hari 2 malam bermula pada hari jumaat, 28.3.2008 dan akan berakhir pada hari Ahad, 30.3.2008.
Pada hari pertama jam 3.00 petang, pelajar bertolak dari perkarangan sekolah ke Sri Nipah Beach And Resort selaku tapak perkhemahan bagi Mukhayyan Quranie pada tahun ini. Program ini juga melibatkan pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Bachok seramai 67 orang. Jarak perjalanan lebih kurang sejam menaiki kenderaan. Pada pukul 4.00 petang, peserta tiba di tapak perkhemahan. Peserta diberi rehat selama 40 minit sebelum program sebenar berlansung. Pukul 4.40 petang, azan asar dialunkan oleh salah seorang pelajar bagi menandakan masuknya waktu asar. Semua peserta solat berjemaah.
Selepas selesainya solat, para peserta diberi taklimat Mukhayyam oleh pengarah program iaitu Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah. Selesainya taklimat, peserta diarahkan untuk mendirikan khemah. Khemah didirikan di tepi pantai. Kumpulan yang terbentuk adalah sebanyak 30 kumpulan. Lima kumpulan adalah dari Maahad Tahfiz Sains Nipah, Bachok. Setelah semua khemah didirikan, peserta diarahkan untuk menyiapkan diri dan makan malam.
Pada pukul 7 petang, semua peserta sudah sedia di atas tikar sejadah untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Seusainya solat Maghrib, majlis perasmian program MQ 08 telah disempurnakan oleh pengarah program, Al-Fadhil Ustaz Hilmi. Selepas majlis perasmian, semua peserta solat Isyak berjemaah.
Program diteruskan dengan Liqa’ Quranie (1) iaitu tadarus Al-quran secara berkumpulan. Setiap ahli kumpulan diminta untuk membaca satu juzuk. Selesainya bertadarus, peserta diberi minum malam seterusnya tidur.Pada pukul 12 malam, lima kumpulan akan menjaga kawasan perkhemahan sambil membaca quran. Setiap giliran akan bertukar satu jam setengah sekali.
Air laut surut menandakan fajar akan menyinsing. Hari ke-2 dimulakan pada pukul 4.30 pagi dengan siren bangun tidur dibunyikan. Semua peserta bersiap untuk menunaikan Qiamullail. Program Qiamullail dikepalai oleh Ustaz Silmi Omar selaku PK HEM. Setelah program Qiamullail berlansung, azan subuh dikumandangkan menandakan masuknya waktu subuh.Semua peserta menunaikan solat subuh secara berjamaah.
Seusai solat subuh, liqa’ Quranie(2) dijalanlankan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh dua orang ustaz yang diundang khas dari Maahad Bustanus Saadah, Morak dan MTS Nipah, Bachok. Beliau berdua memang luas pengalaman dan ilmunya dalam bidang agama islam. Pentazkirah tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Wan Fakhrulrazi dan beliau adalah Mudir Maahad Bustanus Saadah.
Selepas sesi tazkirah tamat, peserta dibenarkan pulang ke khemah masing-masing untuk menyiapkan diri bagi menjalani sesi senamrobik (warm up). Aktiviti ini dipimpin oleh Ketua Mukhayyam Quranie iaitu Muhammad Mahir Bin Che Hassan. Selesainya riadhah, peserta diberi sarapan pagi bagi mendapatkan tenaga untuk meneruskan program pada hari ini. Jam menunjukkan pukul 9.15, maka program LDK pun berjalan. LDK adalah latihan dalam kumpulan yang mana dua kumpulan digabungkan dalam satu kumpulan. Kumpulan ini digabungkan bagi membuat satu kertas kerja untuk dibentangkan dalam sidang pleno yang akan diadakan pada pukul 3.00 petang nanti.
Pada pukul 10.45 pagi, acara kemuncak dilangsungkan iaitu majlis perasmian Mukhayyam Quranie 2008 yang telah disempurnakn oleh Penolong Pengarah HEM. Setelah selesainya perasmian , peserta dibenarkan melakukan kerja bebas dan makan tengahari. Pada pukul 1.20, azan Zohur dikumandangkan. Semua peserta solat berjemaah. Pada pukul 2.00 petang, semua peserta dikehendaki bertadarus Al- quran mengikut kumpulan masing-masing. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta berkumpul di ruang legar untuk membentangkan tajuk yang dipilih oleh kumpulan masing-masing. Pertandingan ini diadili oleh seorang ustaz A. Ubaidillah Alias. Selama sejam program berlansung, semua kumpulan berjaya memberi komitmen yang terbaik bagi menjayakan perbentangan ini.
Pukul 4.30, azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu asar. Semua peserta bergegas ke tapak solat untuk menunaikan solat Asar berjamaah. Jam menunjukkan pukul 5.30, ketua kumpulan memilih tempat yang sesuai untuk membuat latihan bagi mempersembahkan satu sketsa, pentomen, dikir barat atau nasyid pada Malam Kesenian Islam. Sesi latihan berlansung selama satu jam. Pada pukul 6.30 petang, peserta dibenarkan membuat kerja bebas. Ada sesetengah kumpulan menggunakan masa ini untuk menghias kawasan khemah kerana pihak urusetia ada membuat pertandingan khemah tercantik.
Azan Maghrib dialunkan sebaik terbenamnya matahari di kaki langit. Semua peserta bersama guru solat Maghrib secara berjamaah. Seusainya solat, slot Liqa’ Quranie (3) diteruskan dengan tazkirah yang telah diucapkan oleh salah seorang ustaz. Tazkirah berkisar mengenai sikap kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap penghafal Al- quran. Tazkirah berlansung selama 40 minit. Pada pukul 8.40, para guru dan peserta pun menunaikan solat Isyak secara berjamaah. Seusainya solat, program diteruskan dengan “Malam Kebudayaan Islam”.
Dalam program ini, dua kumpulan digabungkan menjadi satu kumpulan untuk membuat persembahan. Pelbagai persembahan berjaya dipersembahkan oleh peserta. Hakim bagi pertandingan ini adalah hakim yang berpengalaman dan tidak boleh dinafikan lagi bakatnya dalam bidang lakonan. Mereka ialah, Ustaz Mohamad Yusof, Cikgu Hamidy dan Ustaz Nuruljalal.
Setelah selesai program Kebudayaan. Semua masuk ke khemah kecuali yang bertugas membaca al-quran. Bayu laut bertiup menyapa khemah. Pada pukul 4.30 pagi, siren bangun tidur dibunyikan oleh urusetia perkhemahan. Semua peserta bangun dari tidur dan segera menyiapkan diri untuk berqiamullail. Jam 5.15 paagi, program qiamullail berlansung dan dikepalai oleh Ustaz Wan Fakhrulrazi. Tepat jam 6.00 pagi, azan subuh dikumandangkan. Semua peserta menunaikan solat subuh secara berjamaah. Setelah semua peserta selesai solat berjamaah, program disambung dengan liqa’ quranie 4 iaitu tazkirah yang disampaikan oleh tuan mudir, Ustaz Suhaimi Sulaiman. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai Sains dan Al- quran.
Tepat jam 8 pagi, peserta dikerah untuk berkumpul di tapak rentas halangan bagi menjalani satu ujian fizikal dan mental. Aktiviti ini menguji seluruh kekuatan fizikal dan mental para peserta. Salah satu ujian yang dijalankan adalah merangkak dengan dada ala askar di atas pasir dan mengangkat sebatang kayu yang panjangnya lebih kurang 3 meter dan lebih kurang 10 kilogram berat. Setiap titik peluh peserta yang tercurah di atas bumi terbayar apabila peserta dibenarkan mandi-manda di laut.
Pada pukul 10.00 pagi, semua peserta memacakkan diri di tapak ceramah untuk mendengar ceramah Maulidul Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al- Fadhil Ustaz Abu Bakar Bin Wan Ibrahim.
Pukul 11.30 adalah tentatif terakhir MQ 08 iaitu majlis penutup Mukhayyam Quranie 2008 yang telah disempurkan oleh tuan mudir. Selepas majlis penutup, majlis penyampaian hadiah telah disampaikan kepada kumpulan yang menang dalam setiap pertandingan yang diadakan. Hadiah berupa hamper yang bernilai RM 100.00. Sebelum pulang, peserta telah disajikan dengan sajian yang menyelerakan iaitu nasi sup daging yang telah ditaja oleh seorang hamba Allah yang pemurah.
Semua peserta makan dengan begitu berselera sekali sambil melihat pemandangan laut yang luas sejauh mata memandang. Setelah bersiap, semua paserta menaiki bas untuk pulang ke MTSBA. Keletihan jelas terpancar di setiap raut wajah peserta. Walaupaun letih tapi kegembiraan jelas terukir di sebalik senyuman yang diukirkan oleh para peserta. Itulah serba sedikit coretan kenangan dan diari yang dapat ana kongsikan dengan antom semua. Moga tahun hadapan program sebegini dapat diadakan lagi.

ANUGERAH JAWI oleh DBP

(Sila Klik gambar untuk imej yang lebih besar)


(Sila Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

13 Mei 2008 - Mudir MTS telah dijemput oleh pihak Akhbar Utusan Malaysia untuk menerima anugerah penyertaan paling banyak (sekolah Menengah) dalam acara menulis cerpen dalam bahasa jawi.
Dengan usaha ustaz Mohd Rozeli bin Yahya selaku guru Khat MTS telah berusaha mengumpul sebanyak 19 cerpen daripada pelajar dan mengirim ke pihak Utusan Malaysia dalam bahasa jawi. Dengan kerjasama guru dan pelajar, akhirnya MTS telah dijemput untuk menerima hadiah tersebut berbentuk wang tunai sebanyak RM 3 ribu.
Anugerah ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar MTS mempunyai daya saing yang mampu diketengahkan di peringkat perdana. Pihak sekolah bercadang menggunakan wang tersebut untuk kegunaan kebajikan pelajar dan pembangunan sekolah. Dengan harapan, pelajar akan lebih tekun dan selesa meneruskan pembelajaran di MTS. Majulah jawi untuk ilmu dan Islam.
Tidak dilupakan juga untuk mengucapkan taniah kepada Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya kerana telah mendapat anugerah guru paling kreatif dalam sambutan hari guru pada 28hb Mei semalam. Ini adalah bukti beliau telah memberikan sumbangan yang dikenang oleh kebanyakan pelajar. Tahniah buat mudir dan guru-guru MTS serta tahniah buat semua warga MTS.

HARI GURU MERIAH

Assalamualaikum Warahmatullah. Ucapan salam sebagai pembuka bicara.

Ada pantun berbunyi :

Dua Tiga Ikan Berenang,
Mana Nak Sama Ikan Haruan,
Hari Guru Gilang-Gemilang,
Sama-sama Kita Raikan.

Pemberita MTS melaporkan satu kejadian menarik dan meriah telah berlaku di satu perkarangan sekolah MTS. Kejadian itu bersempena meraikan semua warga MTS yang selama ini menabur bakti kepada pelajar-pelajarnya. (Maaf...ayat ini belum diedit...untuk membaca ayat yang lebih serius, sila baca catatan di bawah) Terima kasih.


28hb Mei 2008 - Sebagaimana yang kita maklum, 16hb Mei adalah sambutan hari keluarga di seluruh Negara. Namun, pihak MTS Tumpat menangguhkan sambutan itu pada tarikh 16hb dan meletakkannya pada tarikh 28hb Mei 2008. Teryata sambuta pada tahun ini lebih meriah dan lumayan berbanding tahun sebelumnya. Hal ini dapat dilihat dari sudut kewangan, hadiah dan acara yang dipertandingkan.

Pengarah program iaitu ustaz Nurul Jalal Abdul Wahab bin Mujahid, begitu bersungguh-sungguh mengurus dan menyusun program sepanjang minggu lepas. Terbukti, usahanya tidak sia-sia. Semenjak awal pagi lagi pelajar sudah bersiap-sedia dengan pakaian seragam merah dan bermain di perkarangan sekolah.

Tepat jam 8 pagi, acara pembukaan dibuat dan aktiviti padang dimulakan menerusi acara sepak takraw dan bola tampar . Perlawanan dibuat antara guru dan pelajar, ternyata guru-guru sangat bermurah hati dengan memberi kemenangan kepada pelajar dalam kedua acara tersebut.

Aktiviti diteruskan lagi dengan perlawanan futsal antara guru bujang dan guru berkahwin. Keputusan ialah guru bujang (1) - guru berkahwin (2). Selain daripada itu, sukaneka seperti kail botol, jalan itik, motosikal lambat, boling padang dan beberapa acara lain turut dipertandingkan. Semua guru memberikan kerjasama yang terbaik dalam setiap acara. Sepanjang program sukaneka berjalan, pihak urusetia menyediakan halwa telinga menerusi DJ nasyid yang dikendalikan oleh saudara Qusyairie bin Ruslan dan saudara Muslim bin Zaira Azlan.
Pelajar mengambil peluang membuat ucapan kepada guru-guru dan tidak lupa menujukan lagu nasyid yang mereka pilih sendiri. Setelah tamat acara luar dewan, program beralih kepada acara dalam dewan. Acara ini dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Hilmi dan juga Adik Muslim bin Zaira Azlan.

Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh al-Fadhil ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah. Seterusnya ucapan wakil pelajar iaitu saudara Mahir bin Hassan. Majlis diteruskan dengan acara berbalas pantung, persembahan nasyid pelajar tingkatan 1 dan persembahan drama oleh pelajar tingkatan 2. Pihak guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Ustaz Mohammad bin Yusoff telahpun menyampaikan sebuah gurindam berbentuk syair dengan penuh syahdu. Begitu juga Ustaz Silmi bin Omar turut menyampaikan sebuah nasyid sayu.

Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada calon-calon guru yang dipertandingkan dalam 10 kategori. Antara guru yang menang ialah :

1) Guru Mithali : Ustaz Silmi bin Omar
2) Guru Penyayang : Teacher Meriam
3) Guru Kreatif : Ustaz Rozeli bin Yahya
4) Guru Popular : Ustaz Mohd Khairi
5) Guru Bergaya : Ustaz A. Ubaidillah
6) Guru Dedikasi : Ustaz Aubaidillah
7) Guru Berwawasan : Ustaz Aubaidillah
8) Guru Tegas : Ustaz Abdul Hadi Haimi
9) Guru Peramah : Ustaz Mohd Khairi
10) Guru Aktif : Sir Che Zulkifli (Sir Zul)

Dengan ini ustaz Mohd Khairi dan ustaz Aubaidillah Yusoff memenangi dua kategori yang dipertandingkan. Tahniah! Ini adalah pilihan pelajar dan tidak bermakna guru-guru lain tidak layak. Namun, rezeki di tangan tuhan. Jika ada peluang, kita akan membuat sambutan yang lebih lumayan daripada tahun ini. Sekian.



(Untuk melihat imej yang lebih baik, sila klik gambar tersebut)


Wednesday, April 16, 2008

CERAMAH KESEDARAN DISIPLIN & PAMERAN ANTI DADAH

Ustaz Nasir bin Mohammad, PK 1 Maahad Muhammadi Pasir Mas

10hb April 2008 - Pada jam 1.45ptg, satu ceramah kesedaran disiplin telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir bin Muhammad. Guru Penolong Kanan 1, Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Beliau di dalam ucapan menekankan konsep sebenar disiplin dan keperluannya dalam membentuk jatidiri manusiawi. Tanpa jatidiri manusiawi ini, manusia akan hilang harga diri dan maruah.

Beliau juga menegaskan kepada pelajar agar sentiasa berdisiplin dan menjauhi anasir buruk seperti kumpulan PUNK dan sebagainya. Kerana ia akan merosakkan masa depan pelajar.

Sambutan pelajar agak baik walaupun mereka berada dalam keadaan letih. Tahniah!
PAMERAN ANTI DADAH
Pelajar sedang memerhati papan pameran
Semuanya teruja melihat gambar yang ditunjukkan

En Yaakob bin Mohd Daud, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Ceramahnya mendapat sambutan hangat pelajar

13 April 2008 - Badan disiplin dengan kerjasama beberapa unit lain telah berusaha mengadakan pameran dan ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ustaz Rosdi bin Mohd Taib, selaku ketua badan disiplin mengambil langkah proaktif dengan mengadakan bulan disiplin bermula 24 Mac sehingga 24 April 2008. Untuk itu berbagai aktiviti disusun termasuklah pameran dan ceramah anti dadah.

Tepat jam 9.00 pagi, pegawai jabatan AADK tiba di perkarangan MTS dengan sebuah van dan 5 orang pegawai. Mereka memasang papan pameran. Sekitar jam 1.45ptg pula diadakan sesi ceramah anti dadah. Pelajar sangat teruja mendengar syarahan yang diberikan oleh pegawai yang diundang itu.

Dalam pameran ini pelajar didedahkan dengan jenis-jenis dadah, peralatan dan cara dadah disalahgunakan. Pelajar juga didedahkan tentang akibat dan kesan dadah terhadap fizikal. Selain itu, pegawai juga menjelaskan bagaimana hukuman diambil dan dikenakan di atas kesalahan menagih dadah. Gambar lelaki disebat juga diperlihatkan kepada pelajar.

Hal ini memberikan satu gambaran buruk yang jelas terhadap kesan dan akibat negatif mengambil dadah. Pelajar juga kelihatan berpuas hati dengan pameran yang diadakan, malah mereka merasa teruja dapat melihat banyak benda pelik dan baru di dalam pameran ini.

Seterusnya, selepas solat zohor. Bermula jam 2.00petang, satu ceramah AADK disampaikan oleh En Yaakob bin Mohd Daud. Beliau pernah bertugas sebagai inspector penjara selama 5 tahun, kemudian bertugas sebagai pegawai pusat serenti selama 4 tahun dan kini sudah 2 tahun bertugas di AADK daerah Tumpat.

Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama yang baik, en Yaakob banyak menekankan kepentingan agama dalam menyelesaikan masalah gejala sosial. Ini menunjukkan betapa pelajar MTS beruntung berada dalam institusi ini.







SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H

Mudir, Guru-guru dan pelajar sedang berselawat ke atas nabi
Ustaz Ilyas Ahmad (Pak Su Li) sedang menyampaikan ceramah

17hb Mac 2008 - MTS telah mengadakan sambutan bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW. Program bermula sebaik azan maghrib berkumandang. Guru dan pelajar berbuka puasa secara berjamaah. Selepas solat maghrib, satu ceramah disampaikan oleh Ustaz Ilyas Ahmad atau lebih tersohor dengan panggilan Pak Su Li.
Selain sambutan maulid, pihak MTS juga turut menjemput beberapa orang guru yang telah berpindah ke sekolah lain. Iaitu Ustaz Muhammad Daud bin Awang, Ustaz Khairi Deraman, Cikgu Fatmee dan Cikgu Wan Rashidah. Seorang wakil guru telah berucap sebelum upacara menyampaikan hadiah disempurnakan oleh mudir MTS.
Setelah itu, solat isyak didirikan dan sebaik selesai solat majlis berzanji dimulakan. Mudir dan ustaz Wan Hilmi terlibat dalam membacakan wirid Berzanji. Kemudian diteruskan dengan selawat beramai-ramai. Dua orang cikgu iaitu Cikgu Hamidi dan Cikgu Nordin telah mengagihkan bunga rampai kepada semua pelajar yang berselawat.
Sebelum program dijalankan, Ustaz Shafawi selaku pengarah program Maulidurrasul bagi 1429 Hijrah telah merangka ahli jawatankuasa ‘segera’ bagi mengadakan program tersebut. Dalam kesibukan masa dan juga susunan program yang padat, beliau telah bermesyuarat dengan beberapa guru bagi menjayakan sambutan maulidurrasul.
Petang sebelum program bermula, kelihatan guru perempuan sibuk menyiapkan hadiah dan tempat hidangan. Manakala guru lelaki turut menyibukkan diri dengan tugas masing-masing. Semoga program ini akan menambahkan lagi rasa erat dan mahabbah dikalangan warga MTS.
Semoga ia mampu memberi impak terbaik kepada pelajar generasi Al-Quran.



MAJLIS PERPISAHAN DUA ORANG GURU

Soutul Huffaz yang mendendangkan lagu perpisahan
Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mahmood, dilantik menjadi mudir di Bustanus Saadah

(sekolah agama di Kg Morak)

Ustaz Mawardi bin Sukeri, ke MRSM Kota Kinabalu




Pada 3 April 2008, MTS sekali mengadakan majlis perpisahan. Ini adalah kali ketiga MTS mengadakan majlis perpisahan semenjak awal Januari sehingga April 2008. Ini disebabkan beberapa orang guru MTS terpaksa dipindahkan ke tempat lain atas sebab tertentu.

Pada 3 April ini, majlis perpisahan dibuat bagi meraikan dua orang guru iaitu Ustaz Mawardi bin Sukeri dan Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mahmood. Ustaz Mawardi akan menyambung tugas di MRSM Kota Kinabalu. Beliau akan menjadi pendidik di sekolah tersebut. Manakala Ustaz Wan Fakhrul Razi pula telah dilantik menjadi mudir di Maahad Bustanus Saadah, di Kampung Morak.

Dalam majlis perpisahan yang berlangsung selepas zohor. Suasana agak syahdu apabila Ustaz Mawardi memberikan ucapan perpisahan dan pesanan kepada pelajar-pelajar. Beliau berharap agar kenangan dan pesanan yang baik itu disimpan.

Begitu juga Ustaz Wan Fakhrul Razi, beliau ketika pertama kali menerima surat tawaran menjadi mudir merasa amat terkejut dan berat hati. Beliau sangat ingin untuk terus berada di sekolah tahfiz. Namun, memandangkan itu adalah arahan daripada pihak Yayasan Islam Kelantan, beliau terpaksa akur.

Beliau menekankan agar Al-Quran perlu dijaga dan berharap generasi ini akan berkembang dengan baik di masa hadapan sebagai contoh dan teladan kepada ummah.

Sebelum majlis berakhir, beberapa buah lagu telah didendangkan oleh kumpulan Soutul Huffaz yang diketuai oleh Syazwan Basil. Lagu itu sebagai tanda ucapan perpisahan antara guru tersebut dan pelajar sekalian.