Sunday, November 2, 2008

LAWATAN KE LANGKAWI 2008 (Tingkatan 1)

Pada tarikh 22 sehingga 24 oktober 2008 satu lawatan telah diadakan oleh Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Lawatan tersebut melibatkan seramai 38 orang pelajar tingkatan satu dan empat orang guru pengiring. Tempat yang dituju ialah Langkawi. Pada hari rabu, jam 8.30 malam rombongan bertolak bersama empat orang guru pengiring. Ustaz Nazru Zahari selaku pengarah program turut menjaga ahli rombongan.


Rombongan tiba di Kedah ketika hari hampir subuh. Pada jam 8.30pagi, rombongan bersarapan di Sekolah Rendah Umi yang mana sarapan tersebut telah ditaja oleh Encik Abu Kasim iaitu bapa kepada salah seorang pelajar MTS.


(Tempat penginapan - 'D' Teratak Motel)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

(Di hadapan patung helang)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

Pada jam 9.30 pagi, mereka sampai ke Muzium Padi bagi melihat sejarah negeri Kedah yang digelar Negeri Jelapang Padi. Seterusnya, rombongan bertolak ke jeti Kuala Perlis pada jam 12.30 tengahari untuk bertolak ke Pulau Langkawi. Jam 1.30 tengahari mereka tiba di Langkawi dan terus singgah di kedai memproses gamat. Setelah selesai membeli ubat gamat, mereka beralih ke tempat kereta kabel untuk melihat panorama sekeliling Langkawi. Selepas itu mereka ke pantai Pasir Hitam untuk menikmati pemandangan pantai dan membeli beberapa barangan yang dijual di sekitarnya. Malam itu, mereka ke D Teratak Motel untuk beristirehat dan selepas isyak mereka keluar bersiar-siar di pecan Kuah sambil membeli coklat.


Keesokan harinya, mereka ke KILIM GEOPARK menaiki bot laju. Sepanjang berada di situ, mereka ke Gua Kelawar. Melawat tempat ikan yang dipelihara dalam sangkar. Menyaksikan burung helang. Dan akhirnya melihat panorama KILIM GEOPARK dari arah laut.


(Di Muzium Padi, Alor Setar)

(Di Wild Animal Forest, Langkawi)

(Perkarangan Masjid Yayasan Al-Bukhary, Alor Setar)

Selesai berada di situ, mereka ke pasar beras terbakar dan ke taman burung iaitu Wild Animal Forest. Setelah tamat penjelajahan, mereka ke jeti semula untuk bertolak pulang ke Kuala Perlis. Tepat jam 6.30 petang mereka tiba di Kuala Perlis. Kemudian rombongan bertolak ke Kelantan dan tiba pada jam 6.00 pagi 24hb Oktober 2008. Kebanyakan peserta rombongan berpuas hati kerana dapat mengikuti ekspedisi seperti itu.


Tahniah kepada yang telah tamat sukatan. Bagi yang masih belum, cepat usahakan. Belum terlambat lagi. Anda juga akan dapat melancong dalam siri ke-2 jika berjaya khatam sukatan akhir tahun ini.

No comments: