Friday, March 14, 2008

Sumbangan Untuk Meluaskan Musolla MTS T

Assalamualaikum

Tuan/puan yang budiman, demi membuka peluang kepada seluruh pembaca untuk mendapat saham akhirat. Saya mengambil langkah untuk memaklumkan kepada seluruh hadirin pembaca bahawa pihak Maahad Tahfiz Sains Tumpat (MTST) sedang membuat pembinaan ke atas Musolla MTST. Iaitu dengan membuat penambahan ruang di bahagian kiri musollan. Ini bertujuan untuk menampung jumlah pelajar yang kian bertambah serta meluaskan bahagian dalaman. Jika tuan/puan budiman berminat untuk menyumbang, sila dapatkan nombor telefon sekolah dan nombor akaun di hadapan blog ini. Sekian, wassalam.

(Pihak pekerja sedang membina bahagian luar musolla)
(Bahagian tangga musolla ini akan ditukar menjadi serambi)


Sumbangan Untuk 3 Projek Pembangunan MTST

Assalamualaikum kepada hadirin dan hadirat sekalian.
Terus kepada isi utama. Buat makluman tuan/puan yang budiman, pihak MTS Tumpat sedang membuat tiga projek pembangunan sekitar perkarangan sekolah. Buat masa ini iaitu bertarikh 5hb Mac 2008.
1) Meratakan Seluruh Kawasan Sekolah Dengan Simen
Merujuk kepada gambar, pihak sekolah ingin menutup seluruh bahagian kawasan depan sekolah yang berpasir dengan simen. Ini mengelakkan debu berterbangan diwaktu pelajar-pelajar bersukan diwaktu petang.

(Pandangan dari atas, kawasan berpasir yang ingin disimen)

(Mudir dan guru peralatan sedang mengukur keluasan tempat)

2) Pembinaan Bilik Pengurusan Yuran & Penyelia Asrama

Sebagaimana yang terpapar di dalam gambar di bawah, dua buah bilik sedang dibina dan diubahsuai bagi memudahkan operasi yuran sekolah dan pengursan asrama dibuat. Setakat ini, pihak MTST telahpun membuat beberapa ubahsuai di bahagian luar, namun masih memerlukan bantuan bagi menyiapkan bahagian dalaman kedua-dua buah bilik tersebut.


(Dua buah bilik sedang diubah suai di bahagian tepi bangunan asrama)
3) Menyiapkan dua buah pondok yang masih belum siap sepenuhnya.

Untuk makluman pembaca, MTST sedang mendirikan empat buah pondok berehat. Dua daripadanya telah siap, manakala dua lagi masih lagi memerlukan sedikit bahan seperti mozek dan juga simen untuk disempurnakan sepenuhnya.


(Pondok yang masih belum disiapkan)




(Dua buah pondok yang telah siap dibina sepenuhnya)

Sebarang urusan, bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah. Nombor telefon dan No akaun bank boleh didapati di bahagian depan blog ini. Terima kasih.

Kumpulan Nasyid MTS Tumpat

Dari kiri duduk : Zaim, Qusyairi, Ammar, Syafi'ul Syafi, Faezyl.
Tengah dari kiri : Che Shukri, Azfar, Wan Abdullah, Ikram, Syazwan, Aris Aiman, Muizuddin.
Berdiri : Muhd Wafi, Ustaz Nasaruddin, Ust Wan Hilmi, Ust Wan Fakhrurazi, Muhd Syamil.


Pada Akhir Febuari 2008, kumpulan Soutul Huffaz telah dibentuk dibawah kelolaan ustaz Nasaruddin. Dibantu oleh guru seni suara iaitu Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah. Kumpulan ini terdiri daripada 15 orang pelajar dan diketuai oleh vokalis utama iaitu Mohd Syazwan bin Mohd Basil. Sebagaimana yang terpapar di dalam gambar, 3 orang daripadanya adalah pemain alat muzik iaitu Wan Muhd Wafi, Wan Mohd Syamil dan Muhd Ammar. Selainnya adalah penasyid.





Untuk makluman, setakat ini kumpulan ini belum memenangi sebarang pertandingan di peringkat zon atau negeri. Namun telah menerima beberapa undangan persembahan sebagai penyeri majlis di beberapa tempat di sekitar Tumpat, Kelantan. Jika ada pihak sekitar kawasan Tumpat atau Kelantan yang berminat untuk menjemput kumpulan ini mengadakan persembahan, bolehlah memberitahu kepada guru bertugas selewat-lewatnya 1 minggu sebelum persembahan.

Sekian.