Sunday, February 17, 2008

BERITA FEBUARI 2

JAMUAN IFTOR JAMAI'E DAN BBQ
(Masing-masing menadah pinggan untuk mendapatkan ikan bakar)
(Sesi kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz Zamani)

(Suasana meriah sekitar BBQ)

4hb Febuari 2008 – Pihak Badan Asrama dengan kerjasama seluruh tenaga pendidik MTS Bustanul Arifin bergabung tenaga menjayakan majlis iftor jamaie dan jamuan barbeku. Pengarah program iaitu Ustaz Mohammad bin Yusoff mendapat respon yang baik daripada ibubapa dan pelajar dalam merancang program ini. Beliau menerima sumbangan daripada salah seorang ibubapa pelajar berupa 40 ekor ayam yang siap dipotong dan sos pencicah. Terdapat juga sumbangan orang lain berupa seekor kambing dan wang tunai RM500 lebih.

Jika tahun lepas kita juga turut mengadakan majlis seumpama ini dan mendapat sumbangan daripada ibubapa, maka tahun ini juga tidak kurang hebatnya sumbangan yang diberikan. Ini adalah bukti sokongan dan kerjasama yang erat wujud diantara ibubapa dan warga pendidik di MTS.

Majlis bermula sebaik azan maghrib berkumandang, pelajar dan guru-guru berbuka puasa di perkarangan MTS. Sebaik selesai mencicip jamuan ringan, semua pelajar dan guru-guru bergegas ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Program diteruskan dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamani bin Zakaria.

Dalam kuliah yang disampaikan beliau mengajak pelajar agar mengenang kembali hijrah rasul dan membina azam baru untuk membuat perubahan dalam diri. Memandangkan zaman sekarang terlalu banyak ujian dan cabaran, maka sangat wajar bagi pelajar Maahad Tahfiz Sains untuk membuat perubahan dalam diri sebelum terjun ke dalam masyarakat. Kuliah yang disampaikan oleh ustaz Zamani secara spontan itu memakan masa hampir satu jam.

Sejurus waktu isyak menjengah masuk, azan dikumandangkan dan seluruh warga MTS bersolat secara berjemaah. Acara kemuncak berlangsung apabila pelajar turun dari masjid dan menyalin pakaian untuk sesi jamuan barbeku. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan usrah masing-masing dan akan mendapat beberapa jenis makanan. Setiap pelajar diberikan roti dan gulai, ayam dua ketul, ikan bakar dan minuman sejuk.

Turut hadir dalam majlis ini adalah barisan guru-guru yang telah ditetapkan berpindah ke sekolah lain iaitu Ustaz Mat Daud Awang, Cikgu Fatmee, Teacher Wan Rashidah Wan Ramli dan Cikgu Khairi Deraman. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Keadaan program menjadi meriah sebaik solat isyak selesai. Kain khemah telah dihampar di seluruh kawasan medan perhimpunan untuk dijadikan sebagai tapak jamuan. Kemudian pelajar dibahagikan mengikut kumpulan usrah masing-masing. Apabila semua kumpulan telah genap, barulah dibahagikan makanan.

Malam jamuan turut diserikan dengan alunan nasyid arab yang dipasang melalui pembesar suara. Ia sekadar menambahkan suasana meriah agar tidak menjadi terlalu sunyi. Ketika jamuan sudah hampir berakhir, ramai pelajar yang memberikan pandangan bahawa gulai kari kambing yang dihidangkan sangat sedap. Begitu juga dengan makanan lain seperti ayam bakar dan pencicahnya juga mempunyai keenakan tersendiri.

Program berakhir sekitar jam 12.30 malam apabila pelajar tingkatan dua mengemas barang-barang dan perkakas yang digunakan ketika jamuan. Mereka melipat kain khemah, mengutip sampah dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor lalu diletakkan di tempat yang sesuai. Sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelajar seolah-olah mencerminkan mereka semakin matang. Ia berbeza dengan tahun lepas yang mana kebanyakannya hanya tahu makan kemudian tidur.

TAARUF KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG (TINGKATAN 2)
(1)Nik Muhamad Al-Amin b Nik Azman(Ketua/2 Ibnu Khaldun)
(2)Amir Harith b Suib
(Timbalan/2 Ibnu Khaldun)
(3)Muhammad Hariri bin Abd Hamid
(Timbalan/2 Ibnu Rusyd)
(4)Ahmad Baihaqi bin Hamdan
(Ketua/2 Ibnu Rusyd)
(5)Wan Mohamad Hafizuddin Wan Hanafi(Ketua/2 Ibnu Batuta)
(6)Muhammad Aiman bin Adnan
(Timbalan/2 Ibnu Batuta)
(7)Ibrahim Adham bin Yaacob
(Ketua/2 Ibnu Hayyan)
(8)Ahmad Zakuan bin Ismail
(Timbalan/2 Ibnu Hayyan)
(9)Amir Ashraf bin Mat Amran
(Ketua/2 Ibnu Sina)
(10)Mohd Irfan Zuhdi bin Rosimi
(Timbalan/2 Ibnu Sina)


TAARUF KETUA DAN PENOLONG KELAS(TINGKATAN 1)
(1)Ahmad Basyir bin Suhaimi (Ketua/1 Al-Farabi)
(2)Wan Ibrahim Thani bin Abd. Halim (Timbalan/1 Al-Farabi)
(3)Ahmad Asyraf bin Nordin (Ketua/1 Al-Kindi)
(4)Muhammad Afiq bin Yajid (Timbalan/1 Al-Kindi)
(5)Mohd Lutfi Mohsein bin Hj Rozman (Ketua/1 Ar-Razi)
(6)Akmal Azam bin Ramzi (Timbalan/1 Ar-Razi)
(7)Mu’az bin Mohd Asri (Ketua/1 Al-Biruni)
(8)Muhd Fahmi bin Muhd Fadzil (Timbalan/1 Al-Biruni)






BERITA FEBUARI 1

TAARUF BADAN PENGAWAS MTS 2008
Setiausaha Badan Disiplin
Ustaz A. Ubaidillah bin Alias
Ketua Pengawas
Mohd Hafidz Naim bin Mohd Yusoff
Timbalan Ketua Pengawas
Muhammad Syazwan b Mohd Basil
Setiausaha Pengawas
Muhd Mahir bin Che Hassan
Bendahari Pengawas
Amru Khalid bin Sazali

AJK
Muhammad Amin bin Ibrahim
Syed Abdul Qayyum Naqiuddin bin Syed Ali
Muhammad fikri bin Zulkornain
Muhammad Syamil bin Sallehen
Wan Muhammad Wafi bin Wan Adnan
Wan Muhammad Azfar bin Wan Mohd Razif
Nik Muhammad Khalis bin Mohd Sapawi
Ahmad Mutawalli bin Mustaffha
Muhammad Azim Syahmi bin Zahari
Muhammad Muslim bin Mustafa
Mohamad Ukashah bin Ibrahim
Wan Aiman Syafeeq bin Wan Baharuddin
Muhammad Syafiul Syafi bin Othman
Mohd Qusyairie bin Ruslan
Muhd Mahir bin Che Hassan
Muhd Syafiq Afifi bin Mohd Nasir
Muhammad Afif bin Zolkarnain
Muhammad Luqman Hakim bin Hj Rozman
Muhammad Fakhrul Muiz bin Mohd Azmy
Muhammad Raziq bin Nasiruddin
Muhammad Faiz bin Mohd Nawi
Mohd Yusrudin bin Husein
TAARUF BADAN ASRAMA MTS 2008

Ustaz Mohammad bin Yusoff (Ketua Warden)
Ustaz Che Zulkifli bin Mohammad (Penolong Warden)
Ahli Jawatankuasa
1) Mohd Yusruddin bin Husein (Ketua)
2) Muhammad Syafiul Syafi bin Othman (Timbalan)
4) Muhammad Izzuddin bin Ab Rahman (Setiausaha)
5) Muhammad Muslim bin Mustafa (Bendahari)
(Unit Kebersihan dan Keceriaan)
6) Muhammad Assif bin Aziz
7) Ahmad Basyir bin Suhaimi
8) Wan Afif Syamil bin Wan Mohd Sukri
9) Ibrahim Adham bin Yaakob
10) Ahmad Faruqi bin Jazuli
(Unit Peralatan)
11) Muhammad Amin bin Ibrahim
12) Mohamad Azizurrahman bin Mokhtar
13) Muhammad Eirfan bin Ahmad
14) Muhammad Fahmi bin Muhammad Fadzil
(Unit Rawatan)
15) Mohammad Asyraf bin Mohammad Zaini
16) Muhammad Aiman bin Mat Ghani
17) Che Ahmad Shukri bin Che Mohammad
18) Muhammad Baihaqi bin Mohd Sukri
(Unit Bilik Gosok)
19) Ahmad Hamzi bin Azhar
20) Wan Muhammad Wafi bin Wan Adnan
21) Muhd Rafiq Irfan bin Ruzudi
22) Ahmad Muizzuddin bin Mukhtar
23) Mohd Ierfan bin Mohd Anuar

JOHAN TILAWAH YIK DAPAT BIMBINGAN QARI BERPENGALAMAN

(Mohd Zaim bersama ibubapa dan trofi kemenangan)

6hb Febuari-Nama maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat telah diharumkan dengan kemenangan wakil Musabaqah tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan anjuran Yayasan Islam Kelantan. Kemenangan itu sekaligus mencatat sejarah manis apabila wakil yang dihantar baru berusia 13 tahun dan mampu menandingi wakil-wakil lain dari seluruh Kelantan yang lebih dewasa daripadanya.
Muhammad Zaim bin Muhd Zulkifli sekarang menetap di Lot 1000, Kampung Peradang, Gong Dermin, Kota Bharu Kelantan. Bapa beliau bertugas di SMK Kubang Kerian manakala ibunya bertugas sebagai guru di SRK Gong Dermin. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 7 beradik. Hobi beliau ialah menghafaz Al-Quran manakal cita-cita beliau adalah menjadi juruterbang.
Menurut Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah selaku guru yang melatih beliau, sangat berpuas hati dan berbangga dengan persembahan beliau di hari pertandingan. Ustaz Wan Hilmi selaku bekas Qari Negeri Kelantan mempunyai pengalaman yang banyak di bidang tilawah, ini dapat di buktikan apabila markah yang diperolehi oleh Zaim jauh lebih tinggi daripada peserta lain. Apapun, tahniah diucapkan dan semoga beliau mampu meneruskan kegemilangan ini untuk tahun hadapan. Insya Allah.