Sunday, February 17, 2008

BERITA FEBUARI 2

JAMUAN IFTOR JAMAI'E DAN BBQ
(Masing-masing menadah pinggan untuk mendapatkan ikan bakar)
(Sesi kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz Zamani)

(Suasana meriah sekitar BBQ)

4hb Febuari 2008 – Pihak Badan Asrama dengan kerjasama seluruh tenaga pendidik MTS Bustanul Arifin bergabung tenaga menjayakan majlis iftor jamaie dan jamuan barbeku. Pengarah program iaitu Ustaz Mohammad bin Yusoff mendapat respon yang baik daripada ibubapa dan pelajar dalam merancang program ini. Beliau menerima sumbangan daripada salah seorang ibubapa pelajar berupa 40 ekor ayam yang siap dipotong dan sos pencicah. Terdapat juga sumbangan orang lain berupa seekor kambing dan wang tunai RM500 lebih.

Jika tahun lepas kita juga turut mengadakan majlis seumpama ini dan mendapat sumbangan daripada ibubapa, maka tahun ini juga tidak kurang hebatnya sumbangan yang diberikan. Ini adalah bukti sokongan dan kerjasama yang erat wujud diantara ibubapa dan warga pendidik di MTS.

Majlis bermula sebaik azan maghrib berkumandang, pelajar dan guru-guru berbuka puasa di perkarangan MTS. Sebaik selesai mencicip jamuan ringan, semua pelajar dan guru-guru bergegas ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Program diteruskan dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamani bin Zakaria.

Dalam kuliah yang disampaikan beliau mengajak pelajar agar mengenang kembali hijrah rasul dan membina azam baru untuk membuat perubahan dalam diri. Memandangkan zaman sekarang terlalu banyak ujian dan cabaran, maka sangat wajar bagi pelajar Maahad Tahfiz Sains untuk membuat perubahan dalam diri sebelum terjun ke dalam masyarakat. Kuliah yang disampaikan oleh ustaz Zamani secara spontan itu memakan masa hampir satu jam.

Sejurus waktu isyak menjengah masuk, azan dikumandangkan dan seluruh warga MTS bersolat secara berjemaah. Acara kemuncak berlangsung apabila pelajar turun dari masjid dan menyalin pakaian untuk sesi jamuan barbeku. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan usrah masing-masing dan akan mendapat beberapa jenis makanan. Setiap pelajar diberikan roti dan gulai, ayam dua ketul, ikan bakar dan minuman sejuk.

Turut hadir dalam majlis ini adalah barisan guru-guru yang telah ditetapkan berpindah ke sekolah lain iaitu Ustaz Mat Daud Awang, Cikgu Fatmee, Teacher Wan Rashidah Wan Ramli dan Cikgu Khairi Deraman. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Keadaan program menjadi meriah sebaik solat isyak selesai. Kain khemah telah dihampar di seluruh kawasan medan perhimpunan untuk dijadikan sebagai tapak jamuan. Kemudian pelajar dibahagikan mengikut kumpulan usrah masing-masing. Apabila semua kumpulan telah genap, barulah dibahagikan makanan.

Malam jamuan turut diserikan dengan alunan nasyid arab yang dipasang melalui pembesar suara. Ia sekadar menambahkan suasana meriah agar tidak menjadi terlalu sunyi. Ketika jamuan sudah hampir berakhir, ramai pelajar yang memberikan pandangan bahawa gulai kari kambing yang dihidangkan sangat sedap. Begitu juga dengan makanan lain seperti ayam bakar dan pencicahnya juga mempunyai keenakan tersendiri.

Program berakhir sekitar jam 12.30 malam apabila pelajar tingkatan dua mengemas barang-barang dan perkakas yang digunakan ketika jamuan. Mereka melipat kain khemah, mengutip sampah dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor lalu diletakkan di tempat yang sesuai. Sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelajar seolah-olah mencerminkan mereka semakin matang. Ia berbeza dengan tahun lepas yang mana kebanyakannya hanya tahu makan kemudian tidur.

TAARUF KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG (TINGKATAN 2)
(1)Nik Muhamad Al-Amin b Nik Azman(Ketua/2 Ibnu Khaldun)
(2)Amir Harith b Suib
(Timbalan/2 Ibnu Khaldun)
(3)Muhammad Hariri bin Abd Hamid
(Timbalan/2 Ibnu Rusyd)
(4)Ahmad Baihaqi bin Hamdan
(Ketua/2 Ibnu Rusyd)
(5)Wan Mohamad Hafizuddin Wan Hanafi(Ketua/2 Ibnu Batuta)
(6)Muhammad Aiman bin Adnan
(Timbalan/2 Ibnu Batuta)
(7)Ibrahim Adham bin Yaacob
(Ketua/2 Ibnu Hayyan)
(8)Ahmad Zakuan bin Ismail
(Timbalan/2 Ibnu Hayyan)
(9)Amir Ashraf bin Mat Amran
(Ketua/2 Ibnu Sina)
(10)Mohd Irfan Zuhdi bin Rosimi
(Timbalan/2 Ibnu Sina)


TAARUF KETUA DAN PENOLONG KELAS(TINGKATAN 1)
(1)Ahmad Basyir bin Suhaimi (Ketua/1 Al-Farabi)
(2)Wan Ibrahim Thani bin Abd. Halim (Timbalan/1 Al-Farabi)
(3)Ahmad Asyraf bin Nordin (Ketua/1 Al-Kindi)
(4)Muhammad Afiq bin Yajid (Timbalan/1 Al-Kindi)
(5)Mohd Lutfi Mohsein bin Hj Rozman (Ketua/1 Ar-Razi)
(6)Akmal Azam bin Ramzi (Timbalan/1 Ar-Razi)
(7)Mu’az bin Mohd Asri (Ketua/1 Al-Biruni)
(8)Muhd Fahmi bin Muhd Fadzil (Timbalan/1 Al-Biruni)






No comments: