Wednesday, December 9, 2009

MAJLIS GRADUASI KHATAM AL-QURAN DAN PELANCARAN TABUNG MASJID MTST



Dengan segala hormatnya Ibubapa dan pelayar blog Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat dijemput hadir beramai-ramai untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis ini akan disempurnakan penyampaian oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis akan diadakan pada :

TARIKH : 17 DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS
MASA : 9.00pg - 1.30ptg

JAMUAN MAKAN AKAN DI MULAKAN SELEPAS MAJLIS GRADUASI

Di samping itu diadakan juga pameran dan gerai jualan pada :

Hari Rabu
16 Disember 2009
bermula 2.00 ptg


Juga di sebelah malamnya ( Rabu malam Khamis )akan berlangsung CERAMAH PERDANA yang akan disampaikan oleh :

- YB SALAHUDDIN AYUB
- YB BATO' AHMAD YAAKOB
- YB MOHD ZAKI IBRAHIM


Terima kasih

Wednesday, July 1, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

Ini adalah keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2009. Pihak kami telah meng'up-load' keputusan ini secara lima keratan. Keratan 1 adalah keputusan pelajar tingkatan 1. Keratan 2 dan 3 ialah keputusan pelajar tingkatan 2 dan keratan 4 dan 5 adalah keputusan pelajar tingkatan 3. Untuk melihat imej dengan lebih jelas, sila klik pada imej di bawah ini. Terima kasih.


keratan 1 ( Tingkatan Satu )



Keratan 2 (Tingkatan 2 )


Keratan 3 (Tingkatan 2 )


Keratan 4 (Tingkatan 3 )

Keratan 5 (Tingkatan 3 )

Saturday, May 16, 2009

KERTAS KERJA LENGKAP PEMBINAAN MASJID DAN ASRAMA MTS

Assalamualaikum wrt wbt

Makluman kepada ibubapa dan pembaca sekalian, Maahad Tahfiz Sains sedang merancang untuk membina dua buah blok asrama dan sebuah masjid di atas tapak yang akan dibeli dalam masa terdekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hal tersebut, ibubapa boleh menekan imej kertas kerja di bawah dan gambar plan bangunan.

Kertas kerja
(Mukasurat 1)


(Mukasurat 2)

(Mukasurat 3)


(Mukasurat 4)

(Mukasurat 5)


Plan Masjid
(plan 1)

(Plan 2)

Plan Asrama

(plan 1)


(Plan 2)

(plan 3)

Monday, May 11, 2009

DANA MASJID DIPERLUKAN

11hb Mei 2009.

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan mengalu-alukan ibubapa dan para dermawan untuk menyampaikan sumbangan derma bagi membina sebuah masjid yang akan dibina tanah lot 1293 yang dibeli oleh pihak PIBG Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin. Masjid yang berasaskan senibina Masjid Kampung Laut itu menelan belanja sekitar hampir RM 1 juta.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan bantuan bantuan terus kepada pejabat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin atau melalui akaun Maybank : PIBG MAAHAD TAHFIZ SAINS TUMPAT bernombor : 553038016782. (Maybank Wakaf Siku)

Jika ada persoalan dan kemusykilan, sila hubungi 09-7258979.

Di bawah ini ialah plan binaan masjid yang dimaksudkan. Ia telahpun dibuat oleh pihak JKR. Sila klik imej untuk paparan lebih jelas.







Monday, April 13, 2009

SENARAI NAMA AL-HAFIZ MTST 2009


(Nik Mohd Al-Amin bin Nik Azman : Pelajar pertama yang khatam hafazan 30 Juzuk di MTS Tumpat)

SENARAI NAMA AL-HAFIZ

Maahad Tahfiz Sains, Tumpat, Kelantan.

Pelajar ini memulakan hafazan pada Januari 2007


(1) NIK MUHAMAD AL-AMIN NIK AZMAN (KELANTAN) Khatam Pada : 7 Mac 2009.


(2) LUQMAN HAKIM ALIAS (KELANTAN) Khatam Pada : 8 Mac 2009.


(3) MUHAMMAD EZZAT KAMARUDDIN (KELANTAN) Khatam Pada : 10 Mac 2009.


(4) MUHAMMAD FIKRI BIN ZULKORNAIN (KELANTAN) Khatam Pada : 13 Mac 2009.


(5) MUHAMMAD SYAFIUL SYAFI BIN OTHMAN (PERAK) Khatam Pada : 17 Mac 2009.


(6) MUHAMMAD SAFRI AZIM BIN MOHD SAUFI (KELANTAN) Khatam Pada : 23 Mac 2009.


(7)RAJA SYABEER AHMAD BIN RAJA MOHAMMED (KELANTAN) Khatam Pada : 25 Mac 2009.


(8)MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ROZMAN (KELANTAN) Khatam Pada : 27 Mac 2009.


(9)MOHD ADI LUQMAN BIN MOHAMMED HANAFIAH (KELANTAN) Khatam Pada : 2 April 2009.

(10) NIK MUHAMMAD KHALIS BIN MOHAMMAD SAPAWI (TERENGGANU) Khatam Pada : 9 April 2009.

Tahniah kepada semua huffaz. Semoga mendapat berkat dan rahmat.

LAWATAN KE LOJI AIR

Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang. Diiringi oleh dua orang guru iaitu Teacher Meriam bte Ismail dan Ustaz Shafawi bin Salleh. Lawatan ini adalah demi memenuhi jemputan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mempamerkan loji rawatan air di Bukit Merbau, Machang.

Program bermula dengan perasmian majlis oleh Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Selepas itu penyerahan cek oleh pihak NGO kepada AKSB. Akhirnya pelajar di bawa melihat kawasan loji berkenaan.


(Tuan Guru ketika merasmikan program)

(Pelajar kelab Sains dan Matematik)

(Bergambar di Loji air)

(Penyerahan Cek)

(Pelancaran laman web AKSB)

SEDIKIT INFOR BERKAITAN AIR KELANTAN SDN BHD

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan pada 25 Februari 1995. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dengan Thames Water PLC telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama iaitu Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 70% oleh Thames Water (Malaysia) Sdn Bhd 30% lagi oleh YAKIN. KWSB mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuklah mengeluarkan bil dan mengutip hasil dan memajukannya bagi memenuhi keperluan penduduk Negeri Kelantan selama 25 Tahun.

Walau bagaimanapun, perjanjian PPBA telah dimansuhkan pada 29 April 1999 berikutan langkah Thames Water (Malaysia) Sdn. Bhd menjual keseluruhan 70% sahamnya dalam KWSB kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bermula pada 29 April 1999, Syarikat KWSB telah ditukar kepada AIR KELANTAN Sdn Bhd (AKSB). Pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya pemilikan saham sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebanyak 100%. Akibat pembelian saham ini AKSB merupakan sebuah syarikat swasta yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Terdapat sepuluh jajahan yang telah beroperasi di Kelantan iaitu termasuk jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi jajahan Kota Bharu ia telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu utara, timur dan selatan.

Pihak AKSB bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air di seluruh negeri Kelantan di samping rawatan air dan mengendalikan sistem pengagihan serta memastikan air yang dibekalkan oleh pihak AKSB adalah bersih dan terjamin dengan peningkatan kuantiti dan kualiti air yang akan digunakan oleh penduduk Negeri Kelantan. AKSB juga turut mengendalikan pembayaran bil-bil air dan pemungutan hasil air di seluruh jajahan untuk rakyat negeri Kelantan. Selain itu AKSB juga mengendalikan 30 buah loji air dan berupaya menghasilkan air sebanyak 230 juta liter air setiap hari untuk pelbagai kegunaan penduduk Kelantan.

Sunday, April 12, 2009

SEKILAS PANDANGAN KEPUTUSAN SUKAN PERINGKAT ZON

Sepanjang bulan Mac baru-baru ini, pihak MTS Tumpat telah menyertai beberapa acara dewan dan padang bagi peringkat Zon. Untuk itu, beberapa maklumat sudah direkodkan oleh pihak blog untuk tatapan ibubapa sekalian.

Acara Dewan :-

1) Pertandingan Syarahan BM : Tempat ke3 (Zon)
Wakilnya ialah : Saudara Hafidz Naim bin Yusof

2) Pertandingan Syarahan BI : Saguhati (Zon)
Wakilnya : Saudara Mohd Mahir bin Che Hassan

3) Pertandingan Tilawah : Johan (Zon) Dan saguhati (Peringkat negeri)
Wakilnya : Mohd Zaim bin Zulkifli (Johan negeri tahun lepas)

4) Pertandingan Nasyid : Johan (Zon)
Solo : Mohd Syazwan bin Basil

Acara Padang :-

1) Pertandingan Ping-pong : Johan (Zon)
(Kapten : Ibrahim Adham bin Yaacob)

2) Pertandingan Bola Sepak : Naib Johan (Zon)
(Kapten : Azim Rahimi)

3) Sepak takraw : Johan (Zon)
(Kapten : Adnan bin Hasyim)

4) Bola Tampar : Saguhati.
(Kapten : ?)

5) Badminton : Johan.
(Kapten : Munzir bin Ali)

Untuk makluman ibubapa, kesemua kategori pertandingan adalah terbuka bagi peserta berumur 13 - 18 tahun. Ini bererti pelajar MTS bertanding dengan orang yang lebih senior daripada mereka. Namun, kita tidak menafikan bakat dan juga kesungguhan mereka akhirnya membuahkan hasil. Semoga lebih sukses di masa mendatang. Insya allah.

MTS Tumpat ke Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri

Pada bulan Mac baru-baru ini, kumpulan nasyid MTS iaitu kumpulan 'AL-HUFFAZ' seramai 15 orang telahpun menjuarai pertandingan nasyid peringkat zon. Sekalipun mereka baru sahaja berusia 15 tahun, namun kebolehan dan semangat mereka telah mampu menewaskan peserta yang berusia 17 dan 18 tahun. Ini adalah berkat latihan dan bimbingan daripada penasyid terlatih iaitu ustaz Mirza Alauddin bin Razali...yang merupakan ustaz yang pernah mewakili Kelantan dalam pertandingan festival Nasyid Kebangsaan menerusi kumpulan Jiil Fityan pada tahun 1997 dan 1998.

Setelah memenangi pertandingan saringan di peringkat zon, kumpulan AL-HUFFAZ yang diketuai oleh Mohd Syazwan bin Basil akan meneruskan persaingan di peringkat Negeri pada 18hb April, Sabtu ini di dewan besar PUTIK, Pengkalan Chepa. Selain memiliki vokalis yang merdu dan ahli kumpulan yang mantap, MTS juga mempunyai penyokong yang setia. Justeru, untuk pertandingan pada 18hb ini pihak MTS telah menyediakan kenderaan dan membenarkan pelajar ke tempat pertandingan demi memberi sokongan moral kepada ahli kumpulan AL-HUFFAZ.

Bagi ibubapa di luar sana, kita sama-sama mendoakan agar anak kita akan terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Insya allah...semoga berjaya di dunia dan akhirat.

MTS Tumpat Johan Khat Peringkat Negeri

Guru Khat MTS Tumpat iaitu Ustaz Afifi bin Fauzi amat berpuas hati dengan dua orang wakil MTS iaitu Amru Khalid bin Sazali kategori Khat Nasakh dan Mohd Syafiq bin Sa'idi kategori Khat Raka'ah kerana mereka berdua telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua kategori tersebut. Pertandingan Khat peringkat negeri Kelantan ini berlangsung pada hari sabtu, jam 9.15 pagi pada 11hb April 2009 yang bertempat di Sekolah Agama Rahmah Kenali.

Latihan dan juga pendedahan yang diberikan oleh guru khat sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya dan diteruskan pula oleh ustaz Afifi bin Fauzi membuahkan hasil yang cemerlang. Walaupun Amru Khalid dan Syafiq masih berada di tingkatan tiga...namun bakat dan ketekunan mereka dalam bidang khat wajar dipuji.

Tahniah kepada kedua-dua peserta, semoga terus bersinar cemerlang untuk masa mendatang dan menaikkan nama baik MTS Tumpat ke persada Malaysia. Insya Allah.


(Saudara Amru Khalid : Juga adalah pelajar terbaik MTS tahun 2008)

(Mohd Syafiq bin Sa'idi : Berbakat Besar)

Wednesday, April 8, 2009

Nostalgia 2007 - 2009

MTST 2007 & 2008













Sekadar untuk paparan Umum

REKOD PRESTASI HAFAZAN FEBUARI 2009

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik imej yang berkaitan.

Tingkatan 3


(Ranking1)
(Ranking 2)
(Ranking 3)

(Ranking 4)


Tingkatan 2

(Ranking 1)

(Ranking 2)

(Ranking 3)

Tingkatan 1

(Satu kelas sahaja)


Monday, February 16, 2009

REKOD PRESTASI HAFAZAN JANUARI 2009

Ini adalah rekod hafazan Al-Quran bulan Januari, ia dicatatkan oleh guru kanan Al-Quran iaitu ustaz Abdul Hadi bin Haimi. Dengan ehsan ustaz Zamani bin Zakaria, akhirnya saya dapat upload rekod ini untuk paparan ibubapa di luar sana. Rekod hafazan ini disusun mengikut ketinggian hafazan. Bermula dari yang terbanyak sehingga yang paling kurang. Klik imej untuk paparan lebih jelas. Terima kasih.

(Rekod tingkatan 3)
Sila klik untuk imej yang lebih besar
Sila klik untuk imej yang lebih besar
Sila klik untuk imej yang lebih besar
Sila klik untuk imej yang lebih besar

(Rekod tingkatan 2)
Sila klik untuk imej yang lebih besar
Sila klik untuk imej yang lebih besar
Sila klik untuk imej yang lebih besar

(Rekod tingkatan 1)