Monday, April 13, 2009

LAWATAN KE LOJI AIR

Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang. Diiringi oleh dua orang guru iaitu Teacher Meriam bte Ismail dan Ustaz Shafawi bin Salleh. Lawatan ini adalah demi memenuhi jemputan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mempamerkan loji rawatan air di Bukit Merbau, Machang.

Program bermula dengan perasmian majlis oleh Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Selepas itu penyerahan cek oleh pihak NGO kepada AKSB. Akhirnya pelajar di bawa melihat kawasan loji berkenaan.


(Tuan Guru ketika merasmikan program)

(Pelajar kelab Sains dan Matematik)

(Bergambar di Loji air)

(Penyerahan Cek)

(Pelancaran laman web AKSB)

SEDIKIT INFOR BERKAITAN AIR KELANTAN SDN BHD

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan pada 25 Februari 1995. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dengan Thames Water PLC telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama iaitu Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 70% oleh Thames Water (Malaysia) Sdn Bhd 30% lagi oleh YAKIN. KWSB mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuklah mengeluarkan bil dan mengutip hasil dan memajukannya bagi memenuhi keperluan penduduk Negeri Kelantan selama 25 Tahun.

Walau bagaimanapun, perjanjian PPBA telah dimansuhkan pada 29 April 1999 berikutan langkah Thames Water (Malaysia) Sdn. Bhd menjual keseluruhan 70% sahamnya dalam KWSB kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bermula pada 29 April 1999, Syarikat KWSB telah ditukar kepada AIR KELANTAN Sdn Bhd (AKSB). Pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya pemilikan saham sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebanyak 100%. Akibat pembelian saham ini AKSB merupakan sebuah syarikat swasta yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Terdapat sepuluh jajahan yang telah beroperasi di Kelantan iaitu termasuk jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi jajahan Kota Bharu ia telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu utara, timur dan selatan.

Pihak AKSB bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air di seluruh negeri Kelantan di samping rawatan air dan mengendalikan sistem pengagihan serta memastikan air yang dibekalkan oleh pihak AKSB adalah bersih dan terjamin dengan peningkatan kuantiti dan kualiti air yang akan digunakan oleh penduduk Negeri Kelantan. AKSB juga turut mengendalikan pembayaran bil-bil air dan pemungutan hasil air di seluruh jajahan untuk rakyat negeri Kelantan. Selain itu AKSB juga mengendalikan 30 buah loji air dan berupaya menghasilkan air sebanyak 230 juta liter air setiap hari untuk pelbagai kegunaan penduduk Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

Salamualaikum,

Disini saya ingin tahu perbezaan antara MTS Tumpat dan MTS Tanah Merah. Adakah sekolah yang sama atau cawangan MTS? Bagaimana untuk mendaftar anak di MTS. Tumpat atau Tanah Merah?

Please reply to my email zuliezin@gmail.com