Sunday, April 12, 2009

MTS Tumpat ke Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri

Pada bulan Mac baru-baru ini, kumpulan nasyid MTS iaitu kumpulan 'AL-HUFFAZ' seramai 15 orang telahpun menjuarai pertandingan nasyid peringkat zon. Sekalipun mereka baru sahaja berusia 15 tahun, namun kebolehan dan semangat mereka telah mampu menewaskan peserta yang berusia 17 dan 18 tahun. Ini adalah berkat latihan dan bimbingan daripada penasyid terlatih iaitu ustaz Mirza Alauddin bin Razali...yang merupakan ustaz yang pernah mewakili Kelantan dalam pertandingan festival Nasyid Kebangsaan menerusi kumpulan Jiil Fityan pada tahun 1997 dan 1998.

Setelah memenangi pertandingan saringan di peringkat zon, kumpulan AL-HUFFAZ yang diketuai oleh Mohd Syazwan bin Basil akan meneruskan persaingan di peringkat Negeri pada 18hb April, Sabtu ini di dewan besar PUTIK, Pengkalan Chepa. Selain memiliki vokalis yang merdu dan ahli kumpulan yang mantap, MTS juga mempunyai penyokong yang setia. Justeru, untuk pertandingan pada 18hb ini pihak MTS telah menyediakan kenderaan dan membenarkan pelajar ke tempat pertandingan demi memberi sokongan moral kepada ahli kumpulan AL-HUFFAZ.

Bagi ibubapa di luar sana, kita sama-sama mendoakan agar anak kita akan terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Insya allah...semoga berjaya di dunia dan akhirat.

No comments: