Sunday, April 12, 2009

MTS Tumpat Johan Khat Peringkat Negeri

Guru Khat MTS Tumpat iaitu Ustaz Afifi bin Fauzi amat berpuas hati dengan dua orang wakil MTS iaitu Amru Khalid bin Sazali kategori Khat Nasakh dan Mohd Syafiq bin Sa'idi kategori Khat Raka'ah kerana mereka berdua telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua kategori tersebut. Pertandingan Khat peringkat negeri Kelantan ini berlangsung pada hari sabtu, jam 9.15 pagi pada 11hb April 2009 yang bertempat di Sekolah Agama Rahmah Kenali.

Latihan dan juga pendedahan yang diberikan oleh guru khat sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya dan diteruskan pula oleh ustaz Afifi bin Fauzi membuahkan hasil yang cemerlang. Walaupun Amru Khalid dan Syafiq masih berada di tingkatan tiga...namun bakat dan ketekunan mereka dalam bidang khat wajar dipuji.

Tahniah kepada kedua-dua peserta, semoga terus bersinar cemerlang untuk masa mendatang dan menaikkan nama baik MTS Tumpat ke persada Malaysia. Insya Allah.


(Saudara Amru Khalid : Juga adalah pelajar terbaik MTS tahun 2008)

(Mohd Syafiq bin Sa'idi : Berbakat Besar)

2 comments:

afifi lubis said...

tahniah anda semua..teruskan usaha

abi_umi said...

tahniah kepada ustaz afifi kerana mendidik anak-anak MTST dengan cemerlang...teruskan usaha semua.