Wednesday, April 16, 2008

MAJLIS PERPISAHAN DUA ORANG GURU

Soutul Huffaz yang mendendangkan lagu perpisahan
Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mahmood, dilantik menjadi mudir di Bustanus Saadah

(sekolah agama di Kg Morak)

Ustaz Mawardi bin Sukeri, ke MRSM Kota Kinabalu




Pada 3 April 2008, MTS sekali mengadakan majlis perpisahan. Ini adalah kali ketiga MTS mengadakan majlis perpisahan semenjak awal Januari sehingga April 2008. Ini disebabkan beberapa orang guru MTS terpaksa dipindahkan ke tempat lain atas sebab tertentu.

Pada 3 April ini, majlis perpisahan dibuat bagi meraikan dua orang guru iaitu Ustaz Mawardi bin Sukeri dan Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mahmood. Ustaz Mawardi akan menyambung tugas di MRSM Kota Kinabalu. Beliau akan menjadi pendidik di sekolah tersebut. Manakala Ustaz Wan Fakhrul Razi pula telah dilantik menjadi mudir di Maahad Bustanus Saadah, di Kampung Morak.

Dalam majlis perpisahan yang berlangsung selepas zohor. Suasana agak syahdu apabila Ustaz Mawardi memberikan ucapan perpisahan dan pesanan kepada pelajar-pelajar. Beliau berharap agar kenangan dan pesanan yang baik itu disimpan.

Begitu juga Ustaz Wan Fakhrul Razi, beliau ketika pertama kali menerima surat tawaran menjadi mudir merasa amat terkejut dan berat hati. Beliau sangat ingin untuk terus berada di sekolah tahfiz. Namun, memandangkan itu adalah arahan daripada pihak Yayasan Islam Kelantan, beliau terpaksa akur.

Beliau menekankan agar Al-Quran perlu dijaga dan berharap generasi ini akan berkembang dengan baik di masa hadapan sebagai contoh dan teladan kepada ummah.

Sebelum majlis berakhir, beberapa buah lagu telah didendangkan oleh kumpulan Soutul Huffaz yang diketuai oleh Syazwan Basil. Lagu itu sebagai tanda ucapan perpisahan antara guru tersebut dan pelajar sekalian.

No comments: