Wednesday, April 16, 2008

CERAMAH KESEDARAN DISIPLIN & PAMERAN ANTI DADAH

Ustaz Nasir bin Mohammad, PK 1 Maahad Muhammadi Pasir Mas

10hb April 2008 - Pada jam 1.45ptg, satu ceramah kesedaran disiplin telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir bin Muhammad. Guru Penolong Kanan 1, Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Beliau di dalam ucapan menekankan konsep sebenar disiplin dan keperluannya dalam membentuk jatidiri manusiawi. Tanpa jatidiri manusiawi ini, manusia akan hilang harga diri dan maruah.

Beliau juga menegaskan kepada pelajar agar sentiasa berdisiplin dan menjauhi anasir buruk seperti kumpulan PUNK dan sebagainya. Kerana ia akan merosakkan masa depan pelajar.

Sambutan pelajar agak baik walaupun mereka berada dalam keadaan letih. Tahniah!
PAMERAN ANTI DADAH
Pelajar sedang memerhati papan pameran
Semuanya teruja melihat gambar yang ditunjukkan

En Yaakob bin Mohd Daud, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Ceramahnya mendapat sambutan hangat pelajar

13 April 2008 - Badan disiplin dengan kerjasama beberapa unit lain telah berusaha mengadakan pameran dan ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ustaz Rosdi bin Mohd Taib, selaku ketua badan disiplin mengambil langkah proaktif dengan mengadakan bulan disiplin bermula 24 Mac sehingga 24 April 2008. Untuk itu berbagai aktiviti disusun termasuklah pameran dan ceramah anti dadah.

Tepat jam 9.00 pagi, pegawai jabatan AADK tiba di perkarangan MTS dengan sebuah van dan 5 orang pegawai. Mereka memasang papan pameran. Sekitar jam 1.45ptg pula diadakan sesi ceramah anti dadah. Pelajar sangat teruja mendengar syarahan yang diberikan oleh pegawai yang diundang itu.

Dalam pameran ini pelajar didedahkan dengan jenis-jenis dadah, peralatan dan cara dadah disalahgunakan. Pelajar juga didedahkan tentang akibat dan kesan dadah terhadap fizikal. Selain itu, pegawai juga menjelaskan bagaimana hukuman diambil dan dikenakan di atas kesalahan menagih dadah. Gambar lelaki disebat juga diperlihatkan kepada pelajar.

Hal ini memberikan satu gambaran buruk yang jelas terhadap kesan dan akibat negatif mengambil dadah. Pelajar juga kelihatan berpuas hati dengan pameran yang diadakan, malah mereka merasa teruja dapat melihat banyak benda pelik dan baru di dalam pameran ini.

Seterusnya, selepas solat zohor. Bermula jam 2.00petang, satu ceramah AADK disampaikan oleh En Yaakob bin Mohd Daud. Beliau pernah bertugas sebagai inspector penjara selama 5 tahun, kemudian bertugas sebagai pegawai pusat serenti selama 4 tahun dan kini sudah 2 tahun bertugas di AADK daerah Tumpat.

Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama yang baik, en Yaakob banyak menekankan kepentingan agama dalam menyelesaikan masalah gejala sosial. Ini menunjukkan betapa pelajar MTS beruntung berada dalam institusi ini.







No comments: