Monday, August 11, 2008

HARI GURU MERIAH

Assalamualaikum Warahmatullah. Ucapan salam sebagai pembuka bicara.

Ada pantun berbunyi :

Dua Tiga Ikan Berenang,
Mana Nak Sama Ikan Haruan,
Hari Guru Gilang-Gemilang,
Sama-sama Kita Raikan.

Pemberita MTS melaporkan satu kejadian menarik dan meriah telah berlaku di satu perkarangan sekolah MTS. Kejadian itu bersempena meraikan semua warga MTS yang selama ini menabur bakti kepada pelajar-pelajarnya. (Maaf...ayat ini belum diedit...untuk membaca ayat yang lebih serius, sila baca catatan di bawah) Terima kasih.


28hb Mei 2008 - Sebagaimana yang kita maklum, 16hb Mei adalah sambutan hari keluarga di seluruh Negara. Namun, pihak MTS Tumpat menangguhkan sambutan itu pada tarikh 16hb dan meletakkannya pada tarikh 28hb Mei 2008. Teryata sambuta pada tahun ini lebih meriah dan lumayan berbanding tahun sebelumnya. Hal ini dapat dilihat dari sudut kewangan, hadiah dan acara yang dipertandingkan.

Pengarah program iaitu ustaz Nurul Jalal Abdul Wahab bin Mujahid, begitu bersungguh-sungguh mengurus dan menyusun program sepanjang minggu lepas. Terbukti, usahanya tidak sia-sia. Semenjak awal pagi lagi pelajar sudah bersiap-sedia dengan pakaian seragam merah dan bermain di perkarangan sekolah.

Tepat jam 8 pagi, acara pembukaan dibuat dan aktiviti padang dimulakan menerusi acara sepak takraw dan bola tampar . Perlawanan dibuat antara guru dan pelajar, ternyata guru-guru sangat bermurah hati dengan memberi kemenangan kepada pelajar dalam kedua acara tersebut.

Aktiviti diteruskan lagi dengan perlawanan futsal antara guru bujang dan guru berkahwin. Keputusan ialah guru bujang (1) - guru berkahwin (2). Selain daripada itu, sukaneka seperti kail botol, jalan itik, motosikal lambat, boling padang dan beberapa acara lain turut dipertandingkan. Semua guru memberikan kerjasama yang terbaik dalam setiap acara. Sepanjang program sukaneka berjalan, pihak urusetia menyediakan halwa telinga menerusi DJ nasyid yang dikendalikan oleh saudara Qusyairie bin Ruslan dan saudara Muslim bin Zaira Azlan.
Pelajar mengambil peluang membuat ucapan kepada guru-guru dan tidak lupa menujukan lagu nasyid yang mereka pilih sendiri. Setelah tamat acara luar dewan, program beralih kepada acara dalam dewan. Acara ini dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Hilmi dan juga Adik Muslim bin Zaira Azlan.

Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh al-Fadhil ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah. Seterusnya ucapan wakil pelajar iaitu saudara Mahir bin Hassan. Majlis diteruskan dengan acara berbalas pantung, persembahan nasyid pelajar tingkatan 1 dan persembahan drama oleh pelajar tingkatan 2. Pihak guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Ustaz Mohammad bin Yusoff telahpun menyampaikan sebuah gurindam berbentuk syair dengan penuh syahdu. Begitu juga Ustaz Silmi bin Omar turut menyampaikan sebuah nasyid sayu.

Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada calon-calon guru yang dipertandingkan dalam 10 kategori. Antara guru yang menang ialah :

1) Guru Mithali : Ustaz Silmi bin Omar
2) Guru Penyayang : Teacher Meriam
3) Guru Kreatif : Ustaz Rozeli bin Yahya
4) Guru Popular : Ustaz Mohd Khairi
5) Guru Bergaya : Ustaz A. Ubaidillah
6) Guru Dedikasi : Ustaz Aubaidillah
7) Guru Berwawasan : Ustaz Aubaidillah
8) Guru Tegas : Ustaz Abdul Hadi Haimi
9) Guru Peramah : Ustaz Mohd Khairi
10) Guru Aktif : Sir Che Zulkifli (Sir Zul)

Dengan ini ustaz Mohd Khairi dan ustaz Aubaidillah Yusoff memenangi dua kategori yang dipertandingkan. Tahniah! Ini adalah pilihan pelajar dan tidak bermakna guru-guru lain tidak layak. Namun, rezeki di tangan tuhan. Jika ada peluang, kita akan membuat sambutan yang lebih lumayan daripada tahun ini. Sekian.



(Untuk melihat imej yang lebih baik, sila klik gambar tersebut)


No comments: