Monday, August 11, 2008
PEMBANGUNAN (Mac 2008)
Dalam beberapa siri mesyuarat MTS yang lalu telah mengenal pasti masalah-masalah yang perlu ditangani dan diambil perhatian wajar demi kebaikan bersama. Iaitu masalah berkaitan :
1) KAPASITI
Sekolah ini masih baru dan proses pertambahan pelajar berlaku dari tahun ke tahun. Tahun 2007 pengambilan seramai 185 orang dan tahun 2008 seramai 120 orang. Apabila dinisbahkan jumlah kemasukan pelajar setiap tahun dengan jumlah bangunan serta kelengkapan, terbukti ia tidak akan mampu untuk menampung kapasiti bagi sesi seterusnya.
2) KEBERSIHAN
Kesan daripada peningkatan bilangan penghuni asrama dan ruang dorm yang terhad, ditambah pula dengan persekitaran berpasir menyebabkan perkarangan sekolah sering berdebu dan berhabuk. Hal ini menimbulkan masalah kesihatan terhadap pelajar terutamanya masalah kesihatan kulit. Diwaktu petang, pelajar menjadikan kawasan berpasir sebagai padang permainan, hal ini menyebabkan kaki dan kulit mereka terdedah kepada bakteria.
3) INFRASTRUKTUR
Jika isu kapasiti dapat diselesaikan dengan menghadkan kemasukan pelajar dari tahun ke tahun, masalah paling utama masih belum selesai. Punca wujudnya isu kapasiti dan kebersihan adalah berpunca dari isu infrastuktur. Ia merangkumi keluasan tanah, bilangan bangunan dan kemudahan asas seperti padang permainan dan seumpamanya. Masih ada sebahagian komponen asas dan pembinaan yang belum dibangunkan.
Justeru, pembangunan ini adalah untuk berganding bahu memberi sumbangan kemudahan dan menyediakan institusi pengajian tahfiz yang terbaik untuk pelajar dalam aliran Tahfiz Al-Quran dan Sains.
Ia juga bertujuan melengkapkan keperluan asas disamping mempertingkatkan taraf institusi dari sudut prasarana dan infrastruktur bagi menyokong kelestarian kurikulum dan ko-kurikulum pelajar.
Menambahkan had kapasiti kependudukan pelajar yang perlu ditampung oleh Maahad ini bagi kemasukan pelajar-pelajar baru di sesi mendatang.
Mencukupkan kemudahan yang sedia ada disamping mempertingkatkan tahap kebersihan demi keselesaan pembelajaran pelajar.
CADANGAN RENOVASI :
1) Membuat renovasi dan perluasan kawasan dalaman surau.
2) Membuat pelantaian halaman depan sekolah.
3) Menyiapkan sebuah kolah di asrama.
Perancangan dan tindakan perlu berjalan secara sejajar demi menyegerakan hasilnya. Pihak pembangunan sekolah berusaha sedaya upaya untuk merancang dan menguruskan kewangan yang sedia ada demi membina sebuah institusi tahfiz yang mapan. Kami juga mengharapkan kerjasama dan sumbangan tulus dari orang ramai. Semoga usaha dan ikhtiar akan diberkati dan mendapat balasan dari tuhan. Diharapkan semua pihak mengambil peluang untuk menyumbang demi saham akhirat.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment