Wednesday, April 16, 2008

MUKHAYYAM QURANIE 2008 - Membentuk Generasi Al-Quran

Ustaz Muhammad bin Ya, Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan sedang berucap ketika merasmikan Program Mukhayyam Quranie 2008
Catatan ini ditulis oleh MAHIR BIN HASSAN, Setiausaha Badan Pengawas Sekolah

April 2008 adalah tahun ke- 2 penubuhan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan Tumpat. Pada tahun ini, program dijalankan seperti tahun lalu dengan mengadakan Mukhayyam Quranie. Jumlah peserta tahun ini lebih ramai berbanding dengan tahun lepas kerana pada tahun ini MTSBA mempunyai 2 generasi pelajar iaitu tingkatan 1 seramai 120 orang dan 146 lagi pelajar tingkatan 2. Program berlansung selama 3 hari 2 malam bermula pada hari jumaat, 28.3.2008 dan akan berakhir pada hari Ahad, 30.3.2008.
Pada hari pertama jam 3.00 petang, pelajar bertolak dari perkarangan sekolah ke Sri Nipah Beach And Resort selaku tapak perkhemahan bagi Mukhayyan Quranie pada tahun ini. Program ini juga melibatkan pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Bachok seramai 67 orang. Jarak perjalanan lebih kurang sejam menaiki kenderaan. Pada pukul 4.00 petang, peserta tiba di tapak perkhemahan. Peserta diberi rehat selama 40 minit sebelum program sebenar berlansung. Pukul 4.40 petang, azan asar dialunkan oleh salah seorang pelajar bagi menandakan masuknya waktu asar. Semua peserta solat berjemaah.
Selepas selesainya solat, para peserta diberi taklimat Mukhayyam oleh pengarah program iaitu Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah. Selesainya taklimat, peserta diarahkan untuk mendirikan khemah. Khemah didirikan di tepi pantai. Kumpulan yang terbentuk adalah sebanyak 30 kumpulan. Lima kumpulan adalah dari Maahad Tahfiz Sains Nipah, Bachok. Setelah semua khemah didirikan, peserta diarahkan untuk menyiapkan diri dan makan malam.
Pada pukul 7 petang, semua peserta sudah sedia di atas tikar sejadah untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Seusainya solat Maghrib, majlis perasmian program MQ 08 telah disempurnakan oleh pengarah program, Al-Fadhil Ustaz Hilmi. Selepas majlis perasmian, semua peserta solat Isyak berjemaah.
Program diteruskan dengan Liqa’ Quranie (1) iaitu tadarus Al-quran secara berkumpulan. Setiap ahli kumpulan diminta untuk membaca satu juzuk. Selesainya bertadarus, peserta diberi minum malam seterusnya tidur.Pada pukul 12 malam, lima kumpulan akan menjaga kawasan perkhemahan sambil membaca quran. Setiap giliran akan bertukar satu jam setengah sekali.
Air laut surut menandakan fajar akan menyinsing. Hari ke-2 dimulakan pada pukul 4.30 pagi dengan siren bangun tidur dibunyikan. Semua peserta bersiap untuk menunaikan Qiamullail. Program Qiamullail dikepalai oleh Ustaz Silmi Omar selaku PK HEM. Setelah program Qiamullail berlansung, azan subuh dikumandangkan menandakan masuknya waktu subuh.Semua peserta menunaikan solat subuh secara berjamaah.
Seusai solat subuh, liqa’ Quranie(2) dijalanlankan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh dua orang ustaz yang diundang khas dari Maahad Bustanus Saadah, Morak dan MTS Nipah, Bachok. Beliau berdua memang luas pengalaman dan ilmunya dalam bidang agama islam. Pentazkirah tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Wan Fakhrulrazi dan beliau adalah Mudir Maahad Bustanus Saadah.
Selepas sesi tazkirah tamat, peserta dibenarkan pulang ke khemah masing-masing untuk menyiapkan diri bagi menjalani sesi senamrobik (warm up). Aktiviti ini dipimpin oleh Ketua Mukhayyam Quranie iaitu Muhammad Mahir Bin Che Hassan. Selesainya riadhah, peserta diberi sarapan pagi bagi mendapatkan tenaga untuk meneruskan program pada hari ini. Jam menunjukkan pukul 9.15, maka program LDK pun berjalan. LDK adalah latihan dalam kumpulan yang mana dua kumpulan digabungkan dalam satu kumpulan. Kumpulan ini digabungkan bagi membuat satu kertas kerja untuk dibentangkan dalam sidang pleno yang akan diadakan pada pukul 3.00 petang nanti.
Pada pukul 10.45 pagi, acara kemuncak dilangsungkan iaitu majlis perasmian Mukhayyam Quranie 2008 yang telah disempurnakn oleh Penolong Pengarah HEM. Setelah selesainya perasmian , peserta dibenarkan melakukan kerja bebas dan makan tengahari. Pada pukul 1.20, azan Zohur dikumandangkan. Semua peserta solat berjemaah. Pada pukul 2.00 petang, semua peserta dikehendaki bertadarus Al- quran mengikut kumpulan masing-masing. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta berkumpul di ruang legar untuk membentangkan tajuk yang dipilih oleh kumpulan masing-masing. Pertandingan ini diadili oleh seorang ustaz A. Ubaidillah Alias. Selama sejam program berlansung, semua kumpulan berjaya memberi komitmen yang terbaik bagi menjayakan perbentangan ini.
Pukul 4.30, azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu asar. Semua peserta bergegas ke tapak solat untuk menunaikan solat Asar berjamaah. Jam menunjukkan pukul 5.30, ketua kumpulan memilih tempat yang sesuai untuk membuat latihan bagi mempersembahkan satu sketsa, pentomen, dikir barat atau nasyid pada Malam Kesenian Islam. Sesi latihan berlansung selama satu jam. Pada pukul 6.30 petang, peserta dibenarkan membuat kerja bebas. Ada sesetengah kumpulan menggunakan masa ini untuk menghias kawasan khemah kerana pihak urusetia ada membuat pertandingan khemah tercantik.
Azan Maghrib dialunkan sebaik terbenamnya matahari di kaki langit. Semua peserta bersama guru solat Maghrib secara berjamaah. Seusainya solat, slot Liqa’ Quranie (3) diteruskan dengan tazkirah yang telah diucapkan oleh salah seorang ustaz. Tazkirah berkisar mengenai sikap kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap penghafal Al- quran. Tazkirah berlansung selama 40 minit. Pada pukul 8.40, para guru dan peserta pun menunaikan solat Isyak secara berjamaah. Seusainya solat, program diteruskan dengan “Malam Kebudayaan Islam”.
Dalam program ini, dua kumpulan digabungkan menjadi satu kumpulan untuk membuat persembahan. Pelbagai persembahan berjaya dipersembahkan oleh peserta. Hakim bagi pertandingan ini adalah hakim yang berpengalaman dan tidak boleh dinafikan lagi bakatnya dalam bidang lakonan. Mereka ialah, Ustaz Mohamad Yusof, Cikgu Hamidy dan Ustaz Nuruljalal.
Setelah selesai program Kebudayaan. Semua masuk ke khemah kecuali yang bertugas membaca al-quran. Bayu laut bertiup menyapa khemah. Pada pukul 4.30 pagi, siren bangun tidur dibunyikan oleh urusetia perkhemahan. Semua peserta bangun dari tidur dan segera menyiapkan diri untuk berqiamullail. Jam 5.15 paagi, program qiamullail berlansung dan dikepalai oleh Ustaz Wan Fakhrulrazi. Tepat jam 6.00 pagi, azan subuh dikumandangkan. Semua peserta menunaikan solat subuh secara berjamaah. Setelah semua peserta selesai solat berjamaah, program disambung dengan liqa’ quranie 4 iaitu tazkirah yang disampaikan oleh tuan mudir, Ustaz Suhaimi Sulaiman. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai Sains dan Al- quran.
Tepat jam 8 pagi, peserta dikerah untuk berkumpul di tapak rentas halangan bagi menjalani satu ujian fizikal dan mental. Aktiviti ini menguji seluruh kekuatan fizikal dan mental para peserta. Salah satu ujian yang dijalankan adalah merangkak dengan dada ala askar di atas pasir dan mengangkat sebatang kayu yang panjangnya lebih kurang 3 meter dan lebih kurang 10 kilogram berat. Setiap titik peluh peserta yang tercurah di atas bumi terbayar apabila peserta dibenarkan mandi-manda di laut.
Pada pukul 10.00 pagi, semua peserta memacakkan diri di tapak ceramah untuk mendengar ceramah Maulidul Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al- Fadhil Ustaz Abu Bakar Bin Wan Ibrahim.
Pukul 11.30 adalah tentatif terakhir MQ 08 iaitu majlis penutup Mukhayyam Quranie 2008 yang telah disempurkan oleh tuan mudir. Selepas majlis penutup, majlis penyampaian hadiah telah disampaikan kepada kumpulan yang menang dalam setiap pertandingan yang diadakan. Hadiah berupa hamper yang bernilai RM 100.00. Sebelum pulang, peserta telah disajikan dengan sajian yang menyelerakan iaitu nasi sup daging yang telah ditaja oleh seorang hamba Allah yang pemurah.
Semua peserta makan dengan begitu berselera sekali sambil melihat pemandangan laut yang luas sejauh mata memandang. Setelah bersiap, semua paserta menaiki bas untuk pulang ke MTSBA. Keletihan jelas terpancar di setiap raut wajah peserta. Walaupaun letih tapi kegembiraan jelas terukir di sebalik senyuman yang diukirkan oleh para peserta. Itulah serba sedikit coretan kenangan dan diari yang dapat ana kongsikan dengan antom semua. Moga tahun hadapan program sebegini dapat diadakan lagi.

No comments: