Monday, September 22, 2008

BORANG KEMASUKAN KE MTS SESI 2009

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada ibubapa dan kaum muslimin di seluruh Malaysia. Sekarang telah dibuka untuk pengambilan borang permohonan bagi kemasukan ke sekolah agama dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Borang ini boleh didapati di pejabat YIK di Nilam Puri atau di kesemua Maahad Tahfiz di Kelantan dan juga di beberapa maahad bistari.

Harga borang ialah RM 5.00 satu. Borang ini boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke 4 buah sekolah agama bistari Kerajaan Negeri Kelantan iaitu ke :

1) Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Pulai Chondong)
2) Maahad Tahfiz Sains MTS (Tumpat, Tanah Merah, Kok Lanas dan Bachok)
3) Maahad Muhammadi Lelaki (di Jalan Pengkalan Chepa)
4) Maahad Muhammadi Perempuan (Di Kota Bharu)

Borang ini perlu diserahkan dalam masa 14 hari selepas keputusan UPSR diumumkan. Jika terlambat dari tarikh tersebut, permohonan anda akan ditolak.

Belilah borang sekarang sebelum kehabisan.

Terima kasih.

1 comment:

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبراكتة

Bolehkah kiranya borang ini dihantar melalui pos ke alamat di Kuala Lumpur, dan sekiranya boleh, bolehkah bayaran untuknya termasuk bayaran pos dibuat secara dalam talian?

و السلام عليكم