Wednesday, January 14, 2009

MAJMUK Himpun Pelajar Baru 2009


4 Januari 2009 - Maahad Tahfiz Sains telah membuka lembaran baru untuk 32 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah kemasukan pelajar tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya. Tahun lepas, pelajar yang diterima masuk seramai 120 orang iaitu menyamai empat kelas. Tetapi tahun ini hanya seramai 32 orang sahaja diambil iaitu menyamai satu kelas. Ini disebabkan keterbatasan infrastruktur dan juga kawasan yang sememangnya terhad. Keadaan sebegini lebih memudahkan untuk pihak sekolah untuk menyelaraskan penempatan dan guru.


Selain daripada itu, minggu suaikenal ataupun Majlis Jalinan Mahabbah dan Ukhuwwah (MAJMUK) telahpun disusun dan diselaraskan untuk pelajar baru sesi 2009. Ustaz Abdul Hadi bin Haimi selaku pengarah MAJMUK telahpun mensasarkan agar pelajar baru diberi penekanan dalam minggu orientasi. Ustaz Abdul Hadi berhasrat agar pelajar baru sesi 2009 ini akan mampu memanfaatkan program MAJMUK itu sebagai batu loncatan bagi mencapai sasaran enam juzuk pada tahun ini.


Antara pengisian lain di dalam MAJMUK ialah taaruf, ceramah motivasi berkaitan pengurusan diri di asrama dan ceramah penerangan gaya hidup sebagai penghafaz Al-Quran. Pihak Maahad Tahfiz Sains berharap program ini akan mampu memberi satu kesedaran kepada pelajar tentang gaya hidup seorang penghafaz Al-Quran.



No comments: