Wednesday, January 14, 2009

AMIN Aktif dan Konsisten


Nik Muhammad Al-Amin bin Nik Azman memulakan hafazan al-Quran sebagaimana pelajar yang lain. Ketika berada di tingkatan satu, beliau bukanlah seorang pelajar yang menonjol. Namun, sikap kesungguh dan konsisten yang diamalkan itu telah membuahkan hasil yang baik. Kini, setelah dua tahun lebih berada di MTS, beliau telah menjadi pelajar tertinggi hafazan keseluruhan.


Beliau yang menetap di alamat S/3 201 Jalan Atas Banggol, 15300 Kota Bharu, Kelantan merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Bapanya Nik Azman Nik Mohammad dan ibunya Halimah Hussin bekerja sebagai juruteknik Telekom.


Beliau dilahirkan pada 10/3/94 di Terengganu sangat menggemari subjek Khat dan KHB. Beliau aktif bermain bola dan menulis khat. Cita-cita beliau adalah menjadi doktor (al-Hafiz). Warna kegemaran beliau ialah hijau dan putih. Guru yang diminati juga adalah ustaz Khairi bin Yusoff.


Beliau kini sedang menghafaz juzuk ke 25 iaitu mukasurat 501(Surah Al-Jashiah. Dalam peperiksaan akhir baru ini beliau menduduki tangga ke 20. Motto beliau “Sentiasa inginkan kejaayan” dan pesan beliau “Tasmi’ banyak-banyak tapi mengulang lebih banyak. Semoga berjaya!”


Guru-guru MTS yakin beliau akan khatam menghafaz dalam masa tiga bulan terdekat. Insya Allah!



1 comment:

Mr.niklodeon [♂] said...

cayok amin~

teruskan berjuang~

abg mu akan sentiasa menyokong mu~

TAKBIR~!