Tuesday, January 13, 2009

AMRU Kekal Takhta


8 Januari - Amru Khalid bin Sazali merupakan anak ketiga daripada enam beradik masih mengekalkan rekod pelajar terbaik peperiksaan akhir tahun MTS bagi sesi 2008. Pada tahun sebelumnya beliau adalah pelajar terbaik keseluruhan peperiksaan akhir tahun 2007. Ini adalah suatu pencapaian yang mantap. Sekalipun persaingan agak sengit namun Amru masih berjaya mengekalkan takhta pelajar terbaik keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut.


Beliau yang menetap di alamat no 28 Jln CJ2/11, Taman Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor adalah anak kepada encik Sazali bin Yahya iaitu seorang jururunding. Ibunya pula ialah Shamihah bte Ahmad seorang guru. Amru yang lahir pada 28/6/1994 sangat menggemari subjek seni khat dan sejarah. Selain daripada itu, beliau antara pelajar yang aktif bersukan seperti bola sepak dan sangat gemar melukis.


Pelajar cemerlang ini menanam cita-cita untuk menjadi doktor Al-Hafiz. Warna kegemaran beliau ialah hijau dan putih. Masakan kegemarannya ialah masakan ibu sendiri. Ustaz yang dikaguminya ialah Ustaz Khairi bin Yusoff ini kerana sikap dedikasi dan kesantunan yang dimiliki oleh ustaz Khairi.


Amru kini sedang menghafaz dalam juzuk 19 dan beliau juga termasuk di antara 40 orang pelajar yang tersenarai dalam program lambaian kaa’bah.


Untuk makluman semua, keputusan akhir peperiksaan Amru ialah beliau mendapat markah 84.26% dengan keputusan 17A, 4B dan 2C. Beliau menggunakan motto “Always trust yourself” dan antara nasihat beliau kepada rakan-rakan ialah “Minat adalah benda yang paling penting untuk ‘Skor’ dalam sesuatu matapelajaran…semoga berjaya!”

3 comments:

ibn Yahya said...

subhanallah...
insya-Allah...
Teruskan usaha supaya menjadi pelajar yang berjaya di dunia & di akhirat....

THEASF said...

Tahniah Amru!!

shaAhmad said...

Semoga Amru menjadi anak yang beriman, berjaya dunia dan akhirat.Insyaallah.