Wednesday, January 9, 2008

ARKIB 2007

Berita satu
HUFFAZ BERKARISMA




Sudah maaruf bahawa nama Ibrahim Adham adalah nama seorang wali terkenal di zaman kegemilangan Islam dahulu. Justeru, begitu juga jejaka ini yang diberi nama Ibrahim Adham bin Yaacob. Sekarang menetap di Taman Sri Permai, 269, Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat. Bapanya Yaacob bin Ismail bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa. Manakala ibunya pula Che Asiah bt Mohammed bertugas di Sek. Men. Keb. Tumpat. Dia merupakan anak ke bongsu daripada 7 beradik. Beliau kini terpilih menjadi imam terawih nombor satu berpasangan dengan Muhammad Syazwan bin Mohd basil. Lantaran suaranya yang lunak dan sedap, dia bertuah kerana diberi peluang menjadi imam masyarakat.

Apa yang perlu diingatkan, nama melambangkan peribadi. Pastikan sikap dan perangai menjadi seindah nama dan sesufi sebutan. Jika ada kekurangan, perlu diperbaiki. Jika ada kebaikan, perlulah digandakan lagi. Biarlah mata yang memandang merasa tenang dan masyarakat yang menilai merasa yakin bahawa kita mampu menjadi imam yang baik.


Jejaka ini diberi nama Muhammad Syazwan bin Mohd basil. Seorang jejaka kelahiran Pulau Pinang. Alamat tempat tinggal beliau ialah No. 23, Lorong Macang 2, Taman Macang Manis, 14000 Bukit Mertajam. Nama Bapa Mohd Basil bin Hj Damanhuri bekerja sebagai pensyarah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Manakala ibunya iaitu Nor Azah bt Ismail bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam.Syazwan adalah anak ke-2 daripada 4 beradik. Banyak kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh saudara Syazwan.
Selain daripada kecemerlangan dalam pelajaran akademik. Dia juga turut bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum yang lain. Dia pernah menjadi pemain bolasepak peringkat negeri ketika bersekolah di Pulau Pinang. Selain itu, beliau kini termasuk dalam kumpulan nasyid dan dilantik sebagai vokalis utama. Ini adalah bukti bahawa beliau memiliki suara mersik bagai buluh perindu.Beliau kini menjadi imam terawih nombor satu di MTS. Berpasangan dengan Ibrahim Adham bin Yaakob. Semoga dengan bakat yang dianugerahkan tuhan ini akan digunakan untuk kebaikan Islam sejagat. Insya Allah!


BERITA DUA
GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU SEKITAR TUMPAT


(Pelajar bergambar di sebuah surau yang mereka bersihkan)
7 september 2007 bersamaan 25sya’ban 1428H, Jumaat - Majlis gotong royong membersihkan surau-surau di sekitar Kawasan Tumpat telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dibawah kendalian ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah itu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Majlis tersebut bermula dengan perasmian oleh Ustaz Suhaimi bin Sulaiman selaku Pengetua MTST.. Sebanyak dua buah masjid dan lapan buah surau yang terlibat. Semua guru, kakitangan MTST, penghulu dan penduduk setempat serta 180 org anak didik MTST turun padang bagi menjayakan program ini.

(Kelihatan seekor kambing turut serta memberi sokongan)
Program berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung dan hujan pada sebelah pagi perasmian. Sebanyak 2 buah van, kereta ahli jemaah surau dan guru-guru telah digunakan untuk membawa pelajar-pelajar ke lokasi. Bagi menghargai jasabaik guru-guru dan pelajar MTST, jamuan telah disediakan oleh pihak surau dan masjid berkenaan setelah gotong royong selesai.

Jemaah surau, masjid dan penghulu telah memberikan sambutan dan kerjasama yang baik sekali dalam program ini ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

1 comment:

Mohd Basil Damanhuri said...

tahniah kepada mts kerana berjaya menerbitkan buletin sendiri dan mempamirkan tokoh-tokoh pelajar seperti mohd syazwan yang bakal memimpin gerakan islam di Penag, InsyaAllah, Tabir.