Sunday, November 2, 2008

KEM INJEKSI AL-QURAN - KIARA 2008 (Untuk Pelajar Lepasan UPSR)

Perincian :

1.0 MUKADIMAH

Dalam meneruskan agenda melahirkan jil Al-Quran, pihak Maahad Tahfiz sekali lagi membawa agenda injeksi yang menjuruskan ke arah pemerkasaan Al-Quran dikalangan golongan kanak-kanak. Proses membina generasi muda ini sangat penting kerana mereka adalah bakal penyambung generasi di masa hadapan. Malah pendedahan yang diwaktu kecil dianggap satu usaha yang sangat efektif, seperti pepatah menyebut ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’.

2.0 OBJEKTIF

Memberikan pendedahan terhadap dunia penghafaz Al-Quran
Mendedahkan peserta terhadap cabaran kehidupan di asrama.
Membetulkan bacaan tajwid al-Quran.
Memberi kesedaran agama khususnya terhadap kepentingan Al-Quran.

3.0 LOKASI

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN

4.0 TARIKH

14hb Disember sehingga 19 Disember 2008 (Hari Ahad sehingga Jumaat)

5.0 HAD PESERTA

60 orang pelajar lepasan UPSR (berumur 12 tahun)

6.0 YURAN

RM 180.00

7.0 TEMA

Al-Quran Bistari Intelektual Berkualiti

8.0 SYARAT PENYERTAAN PESERTA

Rujuk Lampiran I

9.0 SENARAI BARANG KEPERLUAN

Rujuk Lampiran II

10.0 BORANG KEMASUKAN

Rujuk Lampiran III

11.0 TENTATIF

Rujuk Lampiran IV

12.0 RUJUKAN

Jika pihak ibubapa berminat, sila hubungi :

1) Pejabat MTS Tumpat : 09-7258979
2) PK 1(Ustaz Aubaidillah Yusoff) : 019-9304100
3) PK HEM (Ustaz Silmi bin Omar) : 0179154868
4) Penyelaras (Ust Ubaidillah Alias) : 019-9884869

Sekian, terima kasih.


Lampiran I : SYARAT PENYERTAAN PESERTA

Setiap peserta yang ingin menyertai program ini haruslah mencukupi syarat-syarat di bawah ini. Ini bertujuan untuk mempastikan perjalan program tidak terganggu dan ia dapat berjalan dengan lancar.

· Lelaki sahaja.

· Berumur 12 tahun sahaja. (Tamat darjah enam)

· Dapat membaca Al-Quran dengan baik.

· Telah mengkhatamkan Al-Quran.

· Dapat membaca jawi dengan baik.

· Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius seperti lemah jantung, kencing manis, lelah yang kuat serta penyakit yang dikategorikan serius.

Lampiran II : SENARAI BARANG KEPERLUAN

Pakaian

· Kopiah putih - 3 helai

· Serban putih - 2 helai

· Jubah putih - 2 helai.

· Seluar panjang putih - 2 helai

· Baju Melayu putih / cerah - 2 helai.

· Kain pelikat - 3 helai.

· Seluar panjang biasa - 2 helai.

· Baju T-Shirt - 2 helai.

· Trek suit - sepasang.

· Selipar jepun - sepasang.

· Kasut hitam - sepasang.

· Kasut sukan - sepasang.

· Stoking - 2 pasang.

· Kain tuala - sehelai.

· Kain basahan - sehelai.

Keperluan

· Alatulis (pen/pensil/pemadam).

· Ubat gigi.

· Berus gigi.

· Kain cadar.

· Sarung bantal.

· Selimut.

· Sabun mandi.

· Sabun membasuh pakaian.

· Ubat-ubatan (spt minyak angin dan panadol)


TENTATIF PROGRAM - Sila klik imej untuk melihat visual yang lebih jelas

BORANG PERMOHONAN - Sila klik Imej dan besarkan. Kemudian klik kanan imej tersebut dan save as.


Sebaiknya, terus berhubung dengan pihak sekolah jika berminat.

Terima kasih.

LAWATAN KE LANGKAWI 2008 (Tingkatan 1)

Pada tarikh 22 sehingga 24 oktober 2008 satu lawatan telah diadakan oleh Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Lawatan tersebut melibatkan seramai 38 orang pelajar tingkatan satu dan empat orang guru pengiring. Tempat yang dituju ialah Langkawi. Pada hari rabu, jam 8.30 malam rombongan bertolak bersama empat orang guru pengiring. Ustaz Nazru Zahari selaku pengarah program turut menjaga ahli rombongan.


Rombongan tiba di Kedah ketika hari hampir subuh. Pada jam 8.30pagi, rombongan bersarapan di Sekolah Rendah Umi yang mana sarapan tersebut telah ditaja oleh Encik Abu Kasim iaitu bapa kepada salah seorang pelajar MTS.


(Tempat penginapan - 'D' Teratak Motel)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

(Di hadapan patung helang)
Untuk imej yang jelas, sila klik gambar.

Pada jam 9.30 pagi, mereka sampai ke Muzium Padi bagi melihat sejarah negeri Kedah yang digelar Negeri Jelapang Padi. Seterusnya, rombongan bertolak ke jeti Kuala Perlis pada jam 12.30 tengahari untuk bertolak ke Pulau Langkawi. Jam 1.30 tengahari mereka tiba di Langkawi dan terus singgah di kedai memproses gamat. Setelah selesai membeli ubat gamat, mereka beralih ke tempat kereta kabel untuk melihat panorama sekeliling Langkawi. Selepas itu mereka ke pantai Pasir Hitam untuk menikmati pemandangan pantai dan membeli beberapa barangan yang dijual di sekitarnya. Malam itu, mereka ke D Teratak Motel untuk beristirehat dan selepas isyak mereka keluar bersiar-siar di pecan Kuah sambil membeli coklat.


Keesokan harinya, mereka ke KILIM GEOPARK menaiki bot laju. Sepanjang berada di situ, mereka ke Gua Kelawar. Melawat tempat ikan yang dipelihara dalam sangkar. Menyaksikan burung helang. Dan akhirnya melihat panorama KILIM GEOPARK dari arah laut.


(Di Muzium Padi, Alor Setar)

(Di Wild Animal Forest, Langkawi)

(Perkarangan Masjid Yayasan Al-Bukhary, Alor Setar)

Selesai berada di situ, mereka ke pasar beras terbakar dan ke taman burung iaitu Wild Animal Forest. Setelah tamat penjelajahan, mereka ke jeti semula untuk bertolak pulang ke Kuala Perlis. Tepat jam 6.30 petang mereka tiba di Kuala Perlis. Kemudian rombongan bertolak ke Kelantan dan tiba pada jam 6.00 pagi 24hb Oktober 2008. Kebanyakan peserta rombongan berpuas hati kerana dapat mengikuti ekspedisi seperti itu.


Tahniah kepada yang telah tamat sukatan. Bagi yang masih belum, cepat usahakan. Belum terlambat lagi. Anda juga akan dapat melancong dalam siri ke-2 jika berjaya khatam sukatan akhir tahun ini.