Saturday, January 17, 2009

DEMONSTRASI UNTUK PALESTIN

Pada 18hb Januari, satu demonstarasi protes serangan Yahudi ke atas umat Islam Palestin telah diadakan. Anda juga mampu lakukannya. Lihatlah gambar ini...semoga ia mampu dilaksanakan di tempat anda juga.


Allahu Akbar!


Banner Protes


Solat Hajat


Tayangan slide





Memulakan perarakan

Demonstrasi bermula

Gimik patung bush

Save Palestine

Bakar semangat

Doa wahdah

Bakar patung bush dan Olmert

BAKAR! BAKAR! YAHUDI LAKNAT!

Bakar sehingga menjadi debu!

Bakar sampai hangus!


Tabung kemanusiaan Palestin

Menabung untuk Palestin


Makan? Eh mesti makan juga.

Wednesday, January 14, 2009

MAJMUK Himpun Pelajar Baru 2009


4 Januari 2009 - Maahad Tahfiz Sains telah membuka lembaran baru untuk 32 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah kemasukan pelajar tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya. Tahun lepas, pelajar yang diterima masuk seramai 120 orang iaitu menyamai empat kelas. Tetapi tahun ini hanya seramai 32 orang sahaja diambil iaitu menyamai satu kelas. Ini disebabkan keterbatasan infrastruktur dan juga kawasan yang sememangnya terhad. Keadaan sebegini lebih memudahkan untuk pihak sekolah untuk menyelaraskan penempatan dan guru.


Selain daripada itu, minggu suaikenal ataupun Majlis Jalinan Mahabbah dan Ukhuwwah (MAJMUK) telahpun disusun dan diselaraskan untuk pelajar baru sesi 2009. Ustaz Abdul Hadi bin Haimi selaku pengarah MAJMUK telahpun mensasarkan agar pelajar baru diberi penekanan dalam minggu orientasi. Ustaz Abdul Hadi berhasrat agar pelajar baru sesi 2009 ini akan mampu memanfaatkan program MAJMUK itu sebagai batu loncatan bagi mencapai sasaran enam juzuk pada tahun ini.


Antara pengisian lain di dalam MAJMUK ialah taaruf, ceramah motivasi berkaitan pengurusan diri di asrama dan ceramah penerangan gaya hidup sebagai penghafaz Al-Quran. Pihak Maahad Tahfiz Sains berharap program ini akan mampu memberi satu kesedaran kepada pelajar tentang gaya hidup seorang penghafaz Al-Quran.



HIJRAH PERLU PENGORBANAN



Oleh Syafi’ul Syafi bin Othaman


6 Januari 2009 - Satu ceramah sempena Maal Hijrah telah diadakan di musolla MTS. Ceramah itu telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Badrul bin Ariffin. Di dalam ceramah tersebut beliau telah menekankan beberapa perkara. Antaranya lidah kita perlulah dibasahkan dengan zikir dan tasbih. Tujuan kita berzikir adalah satu tanda kita berterima kasih kepada Allah SWT.

Beliau juga menyeru agar pelajar meningkatkan kesungguhan mencari ilmu. Nabi berpesan kita perlu mencari ilmu sebagaimana sabdanya.


من خرج فى طلب العلم فهو فى سبيل الله حتى يرجع


Maksudnya : Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga ia kembali ke rumahnya.

Ini bererti sepanjang kita belajar di MTS ini sebenarnya kita sedang berjihad. Andai kita mati seolah-olah mati kita adalah mati syahid. Selain daripada itu, dosa orang yang mencari ilmu akan diampunkan oleh Allah. Malah Allah juga menjamin rezeki orang yang mencari ilmu.


Manusia juga melalui beberapa alam iaitu :


1) Alam zurri (Rahim)

2) Alam dunia

3) Alam arwah / barzakh

4) Alam akhirat


Kita telah membuat perjanjian di alam zurri dengan allah untuk beribadah kepada Allah dan tiada sekutu bagiNya. Kita seorang penghafaz Al-Quran mestilah wajib mentaati Allah dan berada di jalan yang benar. Kita perlu menekuni kembali pengorbanan orang terdahulu yang masuk Islam awal-awal lagi.


Semoga tahun baru ini akan memberi perubahan yang baik ke dalam diri kita. Semua orang mahukan kebaikan dan semua orang perlu berkorban untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Selamat berhijrah.!

PELAJAR MTS BERSIAGA HADAPI 2009



5 Januari - Setelah bercuti panjang di penghujung 2008, kini pelajar MTS telah kembali semula ke kampus Bustanul Arifin. Bagi pelajar senior, masing-masing membawa semangat dan azam baru demi mencapai target hafazah bagi sesi 2009.



Namun bagi pelajar baru yang memulakan kehidupan di asrama, kebanyakan masih membawa wajah biasa dan kurang ceria. Barangkali perasaan rindu masih terbuku di dada. Pasti masing-masing terasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan corak kehidupan di asrama.


Apapun, hal itu tidak perlu dirisaukan. Semua pelajar MTS di peringkat senior telahpun melaluinya dengan baik. Mereka semua sedang tumbuh dan membesar menjadi pelajar yang kian mandiri. Boleh jadi sebahagian pelajar senior dahulu ada yang menangis dan sedih ketika mula-mula memasuki kampus MTS. Tapi, kini semuanya sudah matang dan mampu menyusun kehidupan dengan baik di sini.


Apa yang penting sekarang ialah semua pelajar perlu menyemat kukuh azam dan cita-cita yang telahpun ditanam semenjak awal memasuki MTS. Agar segala matlamat dan harapan ibubapa pelajar itu tercapai. Paling penting kepada pelajar tingkatan yang bakal menghapi PMR. Mereka perlu lebih serius dalam menghadapi subjek akademik. Semoga sekolah ini akan harum namanya di persada tanah air berkat usaha pelajar MTS.

AMIN Aktif dan Konsisten


Nik Muhammad Al-Amin bin Nik Azman memulakan hafazan al-Quran sebagaimana pelajar yang lain. Ketika berada di tingkatan satu, beliau bukanlah seorang pelajar yang menonjol. Namun, sikap kesungguh dan konsisten yang diamalkan itu telah membuahkan hasil yang baik. Kini, setelah dua tahun lebih berada di MTS, beliau telah menjadi pelajar tertinggi hafazan keseluruhan.


Beliau yang menetap di alamat S/3 201 Jalan Atas Banggol, 15300 Kota Bharu, Kelantan merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Bapanya Nik Azman Nik Mohammad dan ibunya Halimah Hussin bekerja sebagai juruteknik Telekom.


Beliau dilahirkan pada 10/3/94 di Terengganu sangat menggemari subjek Khat dan KHB. Beliau aktif bermain bola dan menulis khat. Cita-cita beliau adalah menjadi doktor (al-Hafiz). Warna kegemaran beliau ialah hijau dan putih. Guru yang diminati juga adalah ustaz Khairi bin Yusoff.


Beliau kini sedang menghafaz juzuk ke 25 iaitu mukasurat 501(Surah Al-Jashiah. Dalam peperiksaan akhir baru ini beliau menduduki tangga ke 20. Motto beliau “Sentiasa inginkan kejaayan” dan pesan beliau “Tasmi’ banyak-banyak tapi mengulang lebih banyak. Semoga berjaya!”


Guru-guru MTS yakin beliau akan khatam menghafaz dalam masa tiga bulan terdekat. Insya Allah!



Tuesday, January 13, 2009

AMRU Kekal Takhta


8 Januari - Amru Khalid bin Sazali merupakan anak ketiga daripada enam beradik masih mengekalkan rekod pelajar terbaik peperiksaan akhir tahun MTS bagi sesi 2008. Pada tahun sebelumnya beliau adalah pelajar terbaik keseluruhan peperiksaan akhir tahun 2007. Ini adalah suatu pencapaian yang mantap. Sekalipun persaingan agak sengit namun Amru masih berjaya mengekalkan takhta pelajar terbaik keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut.


Beliau yang menetap di alamat no 28 Jln CJ2/11, Taman Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor adalah anak kepada encik Sazali bin Yahya iaitu seorang jururunding. Ibunya pula ialah Shamihah bte Ahmad seorang guru. Amru yang lahir pada 28/6/1994 sangat menggemari subjek seni khat dan sejarah. Selain daripada itu, beliau antara pelajar yang aktif bersukan seperti bola sepak dan sangat gemar melukis.


Pelajar cemerlang ini menanam cita-cita untuk menjadi doktor Al-Hafiz. Warna kegemaran beliau ialah hijau dan putih. Masakan kegemarannya ialah masakan ibu sendiri. Ustaz yang dikaguminya ialah Ustaz Khairi bin Yusoff ini kerana sikap dedikasi dan kesantunan yang dimiliki oleh ustaz Khairi.


Amru kini sedang menghafaz dalam juzuk 19 dan beliau juga termasuk di antara 40 orang pelajar yang tersenarai dalam program lambaian kaa’bah.


Untuk makluman semua, keputusan akhir peperiksaan Amru ialah beliau mendapat markah 84.26% dengan keputusan 17A, 4B dan 2C. Beliau menggunakan motto “Always trust yourself” dan antara nasihat beliau kepada rakan-rakan ialah “Minat adalah benda yang paling penting untuk ‘Skor’ dalam sesuatu matapelajaran…semoga berjaya!”